Skip to main content

VAN BURUK BERWARNA PUTIH

 


Ini kali pertama aku jumpa seorang cikgu yang begitu ikhlas nak tengok muridnya maju dalam sukan bola sepak. Dia juga begitu obses dengan kejurulatihan bola sepak dan futsal. Dia peminat tegar Pep Guardiola.
Ya, Pep Guardiola yang marah dan menendang kerusi pada perlawanan menentang Arsenal minggu lepas bila Calafiori menjaringkan gol penyamaan 1-1.
Dia juga tidak pernah mengalah dan merasa lemah walau berkali-kali dimarah oleh pentadbir berkenaan hal ehwal bola.
“Wardi, budak kamu la ni cedera. Sakit. Dia kata cedera sebab main bola. Kamu kenapa tak bawa dia pergi klinik?! Kesian warden yang kena hantar ke klinik pula.” Ayat ini selalu singgah di telinga Wardi ketika dia santai meminum teh o dengan biskut Hup Seng di bilik guru.
Inilah rencah dan cabaran yang selalu dia hadapi.
Jadual latihan bola sepak dari hari Isnin hingga Khamis setiap minggu. Empat hari. Habis sekolah pukul 3.40 petang, disambung pula dengan latihan bola sepak sehingga jam 6.30 petang.
Setiap Selasa dan Rabu, ada jurulatih veteran yang sanggup dan minat nak mengajar bola sepak kepada murid Wardi. Umurnya sudah mencecah 70 tahun. Tapi masih lagi bersemangat nak melatih ubi muda.
Tiap Khamis pula, Wardi akan cuba cari pasukan untuk perlawanan persahabatan. Kalau yang dekat, kawasan Sg. Siput. Kalau jauh sikit, kawasan Kuala Kangsar. Jika nak jimat, dia sendiri akan jadi pengadil.
“Ustaz Wardi kena beli van sebiji. Baru senang nak bawa budak lawan bola,” cadang aku kepada Wardi.
Jika perlawanan persahabatan setiap minggu, sampai bila nak susahkan cikgu lain untuk tumpang keretanya hantar ke tempat perlawanan. Sekali dua boleh lagi. Kalau sampai setiap minggu?
“Kalau ada van, kita tak sangkut dengan orang dah untuk hantar budak ke padang. Sebuah van, sebiji kereta memang cukup satu team.”
Wardi mengangguk. Angguk tanda setuju atau angguk memikirkan dari mana nak cari duit beli van baharu.
“Betul juga tu. Van buruk pun tak apa sebab nak jalan dekat-dekat sini.”

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.