Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2021

PENING KEPALA MENCARI TEMPAT PENGINAPAN KETIKA TRANSIT DI KLIA 2? CUBALAH TUNE HOTEL

Ini adalah pengalaman pertama aku bermalam di Tune Hotel yang terletak di KLIA 2. Disebabkan tidak ada penginapan yang dekat, murah dan mesra keluarga, jadi ini adalah pilihan terbaik yang ada. Walaupun masih dalam fasa PKP, Tune Hotels beroperasi seperti biasa. Jadi, jangan risau tentang penginapan ketika transit di KLIA 2 semasa PKP berlangsung. Masih mengekalkan tema merah putih tune hotel, air asia dan tune talk Harga untuk dua malam aku menginap disini  adalah RM 358. Mahal? Ya, mahal sedikit berbanding hotel bajet seperti OYO dan sebagainya. Tetapi disebabkan tidak ada persaingan dengan hotel lain, harga itu adalah harga yang terpaksa ditelan untuk mereka yang memilih untuk cepat dan mudah. Harga yang dibayar termasuk ubat untuk emosi dan mental yang cedera ketika memilih penginapan yang terbaik untuk bermalam. Susun atur yang menarik dan sesuai untuk transit Cepat dan mudah kerana dari lapangan terbang KLIA 2, kita tidak perlu berjalan meredah panas matahari mahupun hujan ge...