Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2021

USTAZ NADIR VS USTAZ EBIT LEW

Kecoh dan hangat isu antara saudara Nadir dan juga saudara Ebit Lew. Bilamana antara dua orang yang popular mencetuskan satu isu, isu tersebut turut popular dengan lajunya oleh para pengikut dan para pentaksub yang mensensasikan lagi isu berkenaan. Semakin ramai pentaasub, semakin ramai yang cuba menjadi pengulas kepada sesuatu isu. Ada pandangan masing-masing yang mana pandangan tersebut ingin dikongsi pula dengan orang ramai. Dekat mana? Dekat segala macam media sosial yang ada. Di mana ada orang berkumpul, di situlah dia ingin melontarkan pandangan dan ulasannya. Kemudian, ramai tertarik untuk memberi komentar terhadap pandangan yang didepankan kepada umum. Kenapa? Tak tahu. Barangkali lumrah manusia itu ingin suara dan pandangannya didengari oleh orang lain. Mungkin boleh diterjemahkan sebagai inginkan perhatian atau seeking attention . Salah ke? Tak salah. Manusia bebas untuk memberi pandangan. Batasnya jangan sampai pandangannya mencaci maki dan menghina orang lain. Isunya adalah...

CHEESE TART HOMEMADE TERSEDAP DI KOTA BHARU

Ada perisa Nutella, ada perisa Biscoff Sudah beberapa kali aku tengok di Facebook, makanan bernama cheese tart melintas semasa sedang menala news feed. Kebelakangan ini, banyak feed kawan-kawan Facebook cerita pasal politik. Paling ketara adalah pasal Azmin Ali. Yang maki hamun pun ada. Meluahkan perasaan dengan harapan ramai yang turut serta memaki dan mencaci di ruangan komen. Bila tengok gambar cheese tart dari FB Ayin Iz , ambo kaku. Tengok gambar cheese tart dia betul-betul menggiurkan. Serta merta nafsu kelaparan jadi membuak-buak. Ini tak boleh jadi. Aku terus order. Bagitahu nak pakej 12 biji. Tapi, kawan aku baik hati, dia bagitahu nak bagi free. ‘Free tak boleh la. Awak meniaga tu. Baru ni sekolah tutup, kantin tak boleh operasi. Kesian kalau bagi free.’ Aku membalas whatsapp dia. Kawan aku merupakan pengusaha dewan makan asrama dan kantin di sekolah. Antara yang terjejas pendapatan disebabkan COVID-19 bila sekolah diarahkan untuk ditutup. ‘Kita deal lepas ni.’ Pagi itu, che...

DIARI PKP : PART 6 - BERAPA HARGA SERVIS AIRCOND?

Aku bertanya kepada Rahim, berapa harga yang dia kenakan untuk servis dan pemasangan penyaman udara. Aku juga ada tanya berapa caj yang dikenakan untuk kerja-kerja wiring. Bila dengar jawapan Rahim, aku termenung. Mataku merenung siling. Hati aku bertanya sendiri, ‘Tak mahal ke harga tu?’ Lama tunggu. Senyap. Tak ada jawapan dari hati. “Hing, tak terik ke harga demo kenakan untuk buat kerja servis aircond?” Aku menanyakan kepada Rahim. ‘Terik’ adalah istilah yang selalu digunakan dalam loghat Kelantan untuk menggambarkan sesuatu benda itu mencapai hadnya yang tertinggi. Terik. Tegang. Kalau berkenaan harga; ‘teriknya harga’ membawa maksud, ‘mahalnya harga’. “Kalau demo? Demo rasa terik ke harga tu?” Rahim menanyakan aku kembali. “Tak tahu juga Hing. Macam terik. Tapi kawe tak biasa dalam bidang ni. Apa benchmark demo dalam menetapkan harga dalam bidang ni, kawe tak tahu.” “Benchmark ya? Hmmm…” Rahim berfikir sendiri. “Kawe sebenarnya ikut harga orang lama. Orang lama adalah orang-orang...

DIARI PKP : PART 4

“Erm… benda ni tak bersabit dengan wali. Ni namanya pengalaman. Kalau demo acap kali servis aircond, jadi mudah la nak buat.” “Jadi, demo bukan wali la?” “Demo ni banyak tanya la!” Nada Rahim sedikit tinggi. Dia marah ke? Kalau mudah marah, mudah melenting, bukan perangai wali. Setahu aku, wali ni tak ada had dan batas kesabarannya. Aku senyap. Biasanya amat jarang bila usia dewasa sebegini tapi masih kena marah. Body indoor aircond dicabut oleh Rahim. Nampak senang betul Rahim cabut. Mungkin salah satu dari karamah orang yang bergelar wali. Aku perhati Rahim. Dia angkat sedikit body aircond kemudian tarik keluar sehingga paip gas dan paip saliran air di sebelah luar turut ditarik bersama dengan body aircond. “Body aircond ni dia sangkut atas tapak yang sudah di’drill’ di dinding. Nak cabut, kena angkat, kemudian tarik keluar.” Rahim menjelaskan. Nada suaranya mendatar sahaja. “Ooo… begitu. Holder kan nama tapak dia tu? Baik… baik.” Reaksi sopan aku berikan pada penjelasan Rahim. “Ambi...

AYAH SUDAH PERGI

Tempat di mana ayah ditanam Jumaat, 2 Julai 2021. Usai azan Zohor, ‘Ayah’ (datuk) telah menghembuskan nafas yang terakhir. Pergi meninggalkan dunia untuk menghadap Allah, Tuhan Yang Maha Menghidup dan Maha Mematikan. Hari yang baik dan hari yang penuh berkat ayah meninggalkan dunia. Dunia fana, dunia penuh tipu. Moga-moga roh ayah diampuni dan dirahmati oleh Allah. Ayah adalah panggilan kepada datuk aku yang sebelah ibu. Sudah seminggu ayah terlantar di atas katil. Tiada kudrat dan tiada upaya untuk bergerak. Jika tidak dipimpin, tidak dipapah, maka ayah akan lesu di pembaringan. Dua tiga hari sebelum Ayah pergi, Ayah sudah tenat. Tutur suaranya sudah tidak jelas kedengaran. Malam itu, anak mata hitam ayah terangkat dan cuma nampak mata putih di bawah kelopak mata. Adakah masanya sudah tiba untuk Ayah pergi meninggalkan kami? Umur Ayah masih tersisa. Bukan lagi masanya untuk malaikat maut mencabut nyawa, melepaskan roh dari jasad. Keesokan harinya, Ayah nampak semakin baik. Mampu bertu...

DIARI PKP 2021 : PART 5

“Guana demo tengok saja? Tolong la kawe ni. Tolong pegang indoor ni, kawe nak buat masuk cooling coil.” Rahim meminta pertolongan. Selesai masuk cooling coil. Kemudian aku ambil alih untuk pasang semula indoor. Semuanya berjaya dipasang dengan baik. Rasa puas hati. Puas hati dengan diri sendiri. “Hing, cuba tengok, betul ke kawe pasang ni?” “Tak ada skru lebih, kira betul dah tu,” acuh tak acuh Rahim menjawab. Mungkin panas terik matahari mengubah mood Rahim. “Skru lebih tak ada Hing. Ngam-ngam cukup.” “Kalau gitu, demo pasang balik la sebelah dalam tu. Kawe tunggu sebelah luar. Buat sama macam tadi.” Aku masuk ke dalam rumah. Ikut step tadi. Masukkan paip air dan paip aircond ke dalam lubang dan pastikan sangkut indoor atas tapak holder dengan baik. “Sangkut body indoor atas tapak dia kalau rasa lenguh. Selamat dari jatuh terhempas,” pesan Rahim dari luar. Di sebelah luar, rahim menyambung paip aircond dengan outdoor. Kemudian dilepaskan gas aircond dari outdoor supaya gas akan mengal...