Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Food

KEDAI MAKAWE DI KG REPEK PASIR MAS - SARAPAN PAGI ALA-ALA WESTERN

  Jarang-jarang ada juga mari rasa nak makan makanan ala-ala western. Makan pula untuk breakfast di waktu pagi. Macam mat salleh pula kan? "Eleh... mana tahu mat salleh pagi-pagi lagi dah makan macam tu?" "Tengok movie Mat Salleh la. Tengok ada babak dia makan macam tu. Ada hotdog ada cheese, kira makanan Mat Salleh la tu." Untuk orang Pasir Mas yang nak sarapan ala-ala western tu, boleh cuba makan di Kedai Makawe yang terletak di Kampung Repek, Pasir Mas. Kedai dia kecil sahaja tapi berada di tepi jalan utama. Mudah untuk dilihat. Ada kain rentang yang besar bertulis Kedai Makawe. Nama kedai bunyi Kelantan kan? Tapi makanan dia memang boleh dipuji. Semuanya sedap! Macam makan dekat Amerika. "Makawe tu sempena nama dia Mak Awe." "Bukan, Makawe tu maksudnya Ma Kawe (Ma Saya)." Pernah sekali nama Kedai Makawe menjadi pertikaian. Ada yang berpendapat maksudnya adalah Mak Awe. Kelantan memang selalu letak Mat dekat depan kalau nama lelaki. Kalau pere

SEDO : SEKILAU DONUT, DONUT PALING SEDAP DI KUANTAN

4 Donut ni ada pakej. Beli 2 atau beli 4 atau beli 6 Sesiapa yang ada di Kuantan atau singgah sebentar di Kuantan, wajib makan donut di Kedai Sedo. Kedai kawan saya yang masih lagi perawan bernama Fakhrullah Alias. “Apa? Sedo? Bukan Sedo tu bodoh eh?” Kalau bahasa Kelantan, ‘sedo’ adalah campuran senduk dan bodoh. Jadi sedo. Lebih kurang macam orang yang lurus bendul. Kedainya dibawah kedai Jurukur Mahabob Tapi kedai donut Sedo bukan bermaksud kalau makan donutnya akan jadi ‘sedo’. Walaupun boss donut Sedo fasih berbahasa Kelantan, sedo bermaksud Sekilau Donut. Se = Sekilau Do = Donut Ni perisa cheese. Cheese tak kedekut tu. Donutnya serius sedap, gebu gebas, penuh isi, lembut, besar dan yang penting adalah bulat. Buat penggemar donut, wajib cuba. Ya, wajib cuba! Pasti tak menyesal! “Eleh, donut… biasalah. Rasa donut la. Bulat, pastu ada gula. Rasa manis-manis gitu. Banyak je kedai-kedai jual.” Ni perisa Orea. Sedap juga. Haaa… sini yang istimewanya donut Sedo. Dia ada banyak ragam, ba

MAKAN-MAKAN DI BINTULU, SARAWAK : RESTORAN SINONG THAI

Sesiapa yang datang ke Bintulu, Sarawak dan masih tercari-cari tempat makan yang sedap dan menyelerakan, aku cadangkan untuk pergi ke Restoran Sinong Thai. Pasti dan mesti tak menyesal. Rasa makanannya pasti tak menyesal, tapi kalau poket nipis, mesti menyesal di kemudian hari. Jalan-jalan Bintulu, lepas tu tak jumpa tempat menarik, bolehlah singgah di Restoran Sinong Thai sebab dekat Bintulu ni tidak ada sangat tempat menarik. Ada tempat yang menarik, tapi tidak banyak. Mungkin kerajaan tempatan perlu perbanyakkan lagi produk pelancongan di Bintulu sebab tempat sudah lawa dan bersebelahan dengan pantai. Restoran ini terletak di hujung sungai bersebelahan dengan Pengkalan Feri Bintulu. Berdekatan dengan Pasar Tamu. Nak senang, taip je Sinong Thai dekat Google Maps, pasti jumpa. Jadi, lokasi restoran ini berada di atas air. Nak kata terapung tu boleh la. Sebab ada di atas air kan? Kalau tak, namanya tenggelam. Restoran ini mengikut maklumat yang aku dapat, dibuka untuk makan tengah hari

CHEESE TART HOMEMADE TERSEDAP DI KOTA BHARU

Ada perisa Nutella, ada perisa Biscoff Sudah beberapa kali aku tengok di Facebook, makanan bernama cheese tart melintas semasa sedang menala news feed. Kebelakangan ini, banyak feed kawan-kawan Facebook cerita pasal politik. Paling ketara adalah pasal Azmin Ali. Yang maki hamun pun ada. Meluahkan perasaan dengan harapan ramai yang turut serta memaki dan mencaci di ruangan komen. Bila tengok gambar cheese tart dari FB Ayin Iz , ambo kaku. Tengok gambar cheese tart dia betul-betul menggiurkan. Serta merta nafsu kelaparan jadi membuak-buak. Ini tak boleh jadi. Aku terus order. Bagitahu nak pakej 12 biji. Tapi, kawan aku baik hati, dia bagitahu nak bagi free. ‘Free tak boleh la. Awak meniaga tu. Baru ni sekolah tutup, kantin tak boleh operasi. Kesian kalau bagi free.’ Aku membalas whatsapp dia. Kawan aku merupakan pengusaha dewan makan asrama dan kantin di sekolah. Antara yang terjejas pendapatan disebabkan COVID-19 bila sekolah diarahkan untuk ditutup. ‘Kita deal lepas ni.’ Pagi itu, che

RESIPI TOGIN / TOJIN MESIR

Tengok gambar macam tak berapa menarik, tapi rasanya memang sedap! Beberapa hari sudah berlalu puasa, entah dari mana angin yang membawa rasa dan aroma menyebabkan aku terkenang makanan mesir. Togin namanya. Togin? Apa tu? Kalau nak cari di internet ikut Bahasa Arab, taip huruf to’, alif, jim, dan nun. Togin adalah salah satu makanan yang terdapat di Mesir. Bahan utamanya adalah makaroni atau pasta. Disaluti dengan sos tomato dan di celah-celahnya ada daging hancur yang sangat sedap rasanya. Jika disiram dengan minyak lada akan bertambah lagi aroma dan rasanya. Pedas sekata dengan masam tomato. Cukup rencah dengan daging kisar sebagai lauk. Tuang kuah tomato di atasnya supaya meresap Jika dekat Mesir, ada satu port berdekatan dengan Muzollat yang selalu aku singgah untuk makan. Kedainya betul-betul jalan menghala ke stesen bas. Jika turun bas, dalam perjalanan balik ke rumah, pasti singgah di kedai ini. Order togin. Datang togin yang panas-panas dan terus disuap ke dalam mulut. Fuhh. S

KEDAI MAKAN DI KELANTAN : NASI KANDAR LORONG KUBUR, PASIR MAS

Semasa  PKP 2.0,  ada   mari  rasa  nak   makan  nasi  kandar .  Kebetulan   ada   lalu  di Facebook timeline  baru-baru   ini   tentang  Nasi  Kandar  Lorong  Kubur  di Kasar, Pasir Mas.     Menarik . Namanya  cukup   unik . Lorong  kubur .  Sisatan   awal   aku   dengan   membaca   komen-komen  netizen,  kedai   ini   uniknya  kerana  menjadikan   tapak   rumahnya   sebagai   premis   perniagaan .  Halaman  rumahnya   luas ,  rumahnya  juga  tersergam   besar  dan  indah .   D i s e b a b k a n   i t u ,   r u a n g   pa r k i r n y a   s e l e s a   d a n   t i d a k   b e r s e s a k   s e p e r t i   m a n a   k e d a i - k e d a i   l a i n   y a n g   r a m a i   p e l a n g g a n   t e t a p i   b e r a d a   d i   t e p i   j a l a n . Susah  parkir !   Uniknya   lagi   k edai   a dalah  pada  namanya   iaitu   lorong   kubur .  Memang   jalan   untuk   ke   kedai   atau   rumahnya   adalah   lorong   kubur  yang  sedikit   berhadapan   dengan  Masjid Kasar, Pasir Mas. Kalau k