Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

MAKAN-MAKAN DI BINTULU, SARAWAK : RESTORAN SINONG THAI

Sesiapa yang datang ke Bintulu, Sarawak dan masih tercari-cari tempat makan yang sedap dan menyelerakan, aku cadangkan untuk pergi ke Restoran Sinong Thai. Pasti dan mesti tak menyesal. Rasa makanannya pasti tak menyesal, tapi kalau poket nipis, mesti menyesal di kemudian hari. Jalan-jalan Bintulu, lepas tu tak jumpa tempat menarik, bolehlah singgah di Restoran Sinong Thai sebab dekat Bintulu ni tidak ada sangat tempat menarik. Ada tempat yang menarik, tapi tidak banyak. Mungkin kerajaan tempatan perlu perbanyakkan lagi produk pelancongan di Bintulu sebab tempat sudah lawa dan bersebelahan dengan pantai. Restoran ini terletak di hujung sungai bersebelahan dengan Pengkalan Feri Bintulu. Berdekatan dengan Pasar Tamu. Nak senang, taip je Sinong Thai dekat Google Maps, pasti jumpa. Jadi, lokasi restoran ini berada di atas air. Nak kata terapung tu boleh la. Sebab ada di atas air kan? Kalau tak, namanya tenggelam. Restoran ini mengikut maklumat yang aku dapat, dibuka untuk makan tengah hari

TAPAK PERKHEMAHAN PASIR RAJA, KUALA KRAI, KELANTAN : CAMPSITE TENANG, AMAN DAN DAMAI

Tenang, aman, dan damai Perasaan untuk camping masih lagi membara setelah lama dikurung sebelum Kelantan memasuki fasa 3 untuk Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kali ini, aku cuba mencari campsite di sebelah Kuala Krai. Untuk masuk ke Lata Y (biar pun sudah berkali camping di sana) tidak kesampaian kerana tiada kenderaan 4x4 untuk merentas jalan balak yang penuh dengan lumpur. Basikal? Lupakan saja. Pengalaman lepas begitu perit dan pedih untuk diulang kembali. Dengan menggunakan Google Maps, aku mencari lata atau jeram sekitar Kuala Krai. Sebut sahaja Kuala Krai, sudah ada beberapa lata dan air terjun yang viral dan menjadi bualan di media sosial. Motif aku untuk camping adalah untuk mengelakkan daripada ramainya orang. Cuma ada bunyi sungai, bunyi cengkerik di kala malam dan bunyi-bunyi serangga saling bersahutan di hutan. Tiada hiruk-pikuk manusia lain yang tidak aku kenal. Sombong betul kan? Nombor pemilik tapak campsite Kuala Krai sudah tersohor dan masyhur dengan Air Terjun Istana Sa

CAMPING DI KUALA BALAH, JELI : TOK BATIN FOREST CAMP

View mengadap kaki bukit dan juga sungai mengalir perlahan. Berteman kopi di pagi yang dingin. Sungguh asyik. Sebaik sahaja kerajaan mengumumkan berita gembira buat indvidu yang telah cukup divaksin dengan dua dos, rancangan untuk pergi camping diatur dengan secepat yang mungkin. Macam biasa, yang diatur dengan cepat ni biasanya lebih menjadi rancangannya berbanding dengan rancangan yang diatur memakan masa berbulan-bulan. Di tebing sungai sebelum pergi ke campsite Sungai yang berada di sebelah lagi. Sungai ini arusnya deras berbanding sungai yang sebelah lagi yang berada dalam gambar di atas. “Nak camping mana kita ni?” kawan aku terus menelefon bertanya port camping. Nampaknya dia juga tidak sabar untuk camping. “Boleh belaka. Asal camping jah. Ada hutan, ada sungai, ada bunyi-bunyi cengkerik, kira jadi.” Jawab aku. Ciri-ciri untuk camping bagi aku tidak banyak.  “Jom Lata Y?” bunyi macam mengajak, tapi masih lagi dalam nada pertanyaan. “Lata Y jauh sangat nak offroad. Kita nak santa

TUKAR HAK MILIK KENDERAAN : CARA BOOKING PUSPAKOM ONLINE

Biasanya PUSPAKOM adalah tempat yang dituju oleh orang ramai bila ada urusan pemeriksaan kenderaan. Sama ada pemeriksaan untuk menjual kenderaan ataupun pemeriksaan berkala yang wajib seperti yang diwajibkan ke atas lori dan van perdagangan.  Bagi orang awam, kebiasaanya adalah untuk melakukan pemeriksaan untuk melayakkan kereta tersebut ditukar milik kepada pemilik baharu yang mana proses tersebut perlu melalui kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sekiranya keputusan pemeriksaan oleh PUSPAKOM lulus, maka tidak ada masalah untuk JPJ meluluskan pertukaran hak milik. Undang-undang ini memang sudah lama dipakai di Malaysia. Apa tujuannya? Di samping menambah pendapatan negara, ianya adalah salah satu cara untuk memastikan kereta yang ditukar hak milik tersebut adalah kereta yang selamat dan tidak bahaya untuk dipandu di atas jalan raya. Selamat untuk pemandu dan selamat juga untuk pengguna jalan raya yang lain. Ada kereta yang bahaya juga ke? Ya. Memang ada kereta yang bahaya. Kereta

LENGKAP 2 DOS VAKSIN : KELONGGARAN BERMAIN FUTSAL

Inilah yang disebutkan dengan istilah 'green lane' oleh golongan anti-vaksin yang mana green-lane ini adalah satu keistimewaan yang diberikan kepada orang-orang yang sudah divaksin. Antara green-lane terbaharu yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia adalah aktiviti bersukan sama ada secara indoor atau outdoor. Aktiviti sukan ini sememangnya sudah lama ditunggu oleh rakyat Malaysia sama ada yang remaja ataupun dewasa. Melalui aktiviti ini, rakyat dapat berkumpul dan bersilaturahim. Itu sebenarnya paling utama bagi rakyat, bukannya agenda berpeluh lecun di atas padang. Kan? Macam mana pula reaksi golongan yang anti-vaksin? Sememangnya ini sudah diramalkan oleh mereka. Mereka tahu mereka akan dipinggirkan dan mereka telah mewujudkan istilah green-lane untuk menunjukkan kerajaan meminggirkan mereka kerana mereka tidak rela dan tidak sudi untuk dicucuk dengan jarum yang mengandungi vaksin. Itu hak dan pandangan masing-masing. Manusia bebas berpandangan tetapi dengan mewujudkan green-

LENGKAP 2 DOS VAKSIN : KELONGGARAN DINE-IN

Lama benar tak jumpa waris terakhir keturunan Raja Bahar sejak PKP 3.0. Hari ni sempat bersua muka, bertentang mata untuk bertanya khabar. Fizikal Su nampak sudah lain. Janggut semakin panjang, misai pula dipotong nipis. “Mil, demo jangan terkejut. Dah ramai yang bagitahu kawe yang kawe ni sudah slim. Kurta baru pun saiz M ni.” Su awal lagi beria memberitahu aku sejurus dia keluar dari pintu rumahnya. Su bergaya dengan kurta hijau dengan saiz slim fit. Siap bergosok. Licin tidak berkedut. Jarang sekali berpakaian macam tu. Kopiah lembik memang setia melekat di kepalanya. “Macam biasa je Su. Cuma janggut semakin panjang.” Sengaja aku menafikan pengakuan Su. “Aaa… demo. Awal lintang angin kawe. Kawe baru beli basikal. Join group basikal sekarang ni. Sebab tu jadi slim.” Su riang dan ceria seperti biasa. Jarang sekali boleh tengok Su dalam emosi yang berkecamuk. Panggil botak pun dia boleh senyum bersahaja. “Jom Mil. Kita pergi dine-in. Demo 2 dos dah kan?” “Ya. Kawe sudah 2 dos.” Jawab a