Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2022

KEMUDAHAN PONDOK SUNGAI KENERONG, DABONG : MANUSIA DAN SAMPAH

Longgokan sampah di tempat campsite “Kawe kecewa juga sebenarnya dengan sikap sesetengah pengunjung dekat sini. Mari berkelah, bawa makanan, lepas tu sisa makan yang tak habis tinggal dekat sini bersama sampah-sarap.” Luah seorang lelaki yang mendakwa dirinya AJK Pembangunan Pondok Sungai Kenerong, Dabong. Termenung panjang aku melihat longgokan sampah yang ditinggalkan. Ada tong gas, sisa makanan, plastik makanan, pinggan cawan polisterin. Di kala Malaysia bercita-cita untuk menaiki kereta terbang di tahun 2020, dan sekarang di tahun 2022, masih ada masyarakat kita yang sampah. Mentaliti sampah, sikap sampah, hati sampah. “Abang, kenapa abang tak caj sahaja pengunjung yang datang? Boleh upahkan orang datang cuci sampah yang mereka tinggalkan,” aku bertanya kepada abang yang mendakwa dirinya AJK Pembangunan Pondok Sungai Kenerong. “Tak boleh. Ini memang amanat almarhum tuan guru sebelum ni. Jangan caj apa-apa bayaran terhadap pengunjung yang ingin guna kemudahan yang pihak pondok sedia

NAK MASUK SEKOLAH TAHFIZ? MAK SURUH ATAU SENDIRI NAK MASUK?

Gambar hiasan Pagi semalam, ada seorang calon temuduga untuk masuk ke tingkatan 1 sesi 2022. Tubuhnya kecil molek. Berkopiah, berbaju Melayu dan berseluar slack hitam. Di bahunya tersandang beg hitam jenama Quechua. Dia menarik kerusi dan terus duduk menghadap saya. Mukanya ditutup dengan pelitup muka. Hanya nampak sepasang mata. “Assalamualaikum,” saya menghulurkan salam. “Waalaikumusalam,” dijawabnya perlahan. Selepas berkenalan sedikit sebanyak. Tiba di bahagian soalan yang perlu diberi markah. “Nak masuk sekolah tahfiz ni sebab keinginan sendiri ke? Atau mak ayah yang suruh belajar sini?” Saya bertanya. “Mak ayah yang suruh. Saya tak nak pun sekolah sini.” Pantas dia menjawab. Biasanya kalau pantas ni jawapan yang sudah lama terbuku di hati. Selalunya banyak jawapan yang jujur. “Sebab apa tak nak?” Saya cuba mengorek. “Saya nak sekolah biasa-biasa je. Saya tak minat jenis hafal-hafal ni.” “Ada abang yang belajar di sekolah tahfiz?” “Ada. 2 orang.” “Ermm.. 2 orang. Takkan tak nak ha

1 RUMAH 1 HAFIZ AL-QURAN

 Berikut adalah point-point yang disampaikan oleh penceramah ketika webinar yang bertajuk 1 Rumah 1 Hafiz. Sengaja aku letak di sini sebelum nota yang ditulis oleh aku ketika webinar hilang. 1) Ibu bapa menjadi pendorong utama untuk anak-anak menjadi seorang hafiz al-Quran. 2) Ibu bapa perlu tahu kenapa anak-anak perlu hafal al-Quran dan ibu bapa juga perlu tahu apa itu kelebihan penghafal al-Quran. 3) Perlu ada ilmu pengetahuan dalam bidang hafalan al-Quran. 4) Perlu ada ketegasan dalam mendidik anak-anak. 5) Doa yang tidak putus-putus kepada Allah S.W.T dan hubungan antara ibu bapa dengan Allah adalah hubungan yang comel dan baik. Ibu bapa yang sentiasa taat kepada perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. 6) Menjadikan rumah itu dengan suasana al-Quran. Suasana al-Quran bermaksud seperti suasana madrasah atau suasana di maahad tahfiz. Disiplin anak dengan masa dan al-Quran di peringkat pendidikan awal semasa di rumah. 7) Jika ibu bapa tidak pandai mengenai selok belok bidang hafalan