Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2023

AMBIL ALIH SUBJEK SYARIAH TINGKATAN 5

Lawatan PPD ke kelas tingkatan 5 "Eh, aku bagitahu hang awal ni. Hang kena ajar Syariah tingkatan 5, cover Uzair.” Ujar Zahrul kepada aku. Uzair yang mendapat 26 hari mc adalah seorang ustaz yang mengajar subjek al-Syariah tingkatan 5 di sekolah. Dan, SPM sudah tidak lama lagi untuk pelajar menempuhinya. “Hang la ni. Uzair dah bagitahu dia tak boleh datang kelas tambahan malam, hang cakap dia kena datang juga. Dia stress la tu, terus jatuh dekat tandas tadi.” Aku bergurau dengan Zahrul. Uzair pada tengah hari sebelum berakhirnya sesi persekolahan, telah jatuh dan nampak dari raut wajahnya seakan perit menahan kesakitan. Nasib baik ketika dia jatuh tu ada orang yang berdekatan dengannya dan dapat memapah dia masuk ke dalam kereta. “Tu la… aduh. Aku pun rasa bersalah dengan dia. Aku keras sangat dengan dia tadi. Aku cakap dekat dia, hang pandai-pandai la cari pengganti kalau tak boleh nak datang kelas malam. Tengok-tengok tengah hari tadi dia jatuh dan esoknya dapat MC. 26 hari pula

SAMSUL KE YANG SALAH?

“Su, ada nak pergi mana-mana ke hari ni?” Tanya aku pada Su melalui panggilan telefon. Pok Su, nama manja untuk Raja Saiful Azhar, adik kepada Raja Lelong di Kelantan. “Tak ada. Kawe ada rumah je ni.” Su membalas. Suaranya serak kering seperti baru sahaja bangkit dari tidur. “Tunggu Su kat rumah. Kejap lagi kawe sampai Batu Caves. Kita minum teh.” Perjalanan dari Muadzam Shah ke Batu Caves mengambil masa 3 jam. Biasanya, perjalanan yang kadang kala 2 minggu sekali itu dari Muadzam Shah melalui jalan Genting - Batang Kali untuk ke Sg. Siput, tetapi jalan Genting - Batang Kali sudah ditutup disebabkan tanah runtuh baru-baru ini. Oleh itu, alternatifnya adalah melalui jalan Gombak - Rawang - Batang Kali. Mungkin jauh sikit. Kena pusing bukit, naik jambatan paling tinggi di Malaysia, kena lalu tol Genting Sempah. Kali ini, Raja Saiful Azhar membawa aku ke sebuah kedai mamak. “Lauk telor sotong sini terbaik Mil. Demo try la.” Syor Raja Saiful Azhar kepada aku. “Su, apa isu dengan Samsul?” T

TOKO KOPI TEJA, GRIK (PART 2)

Barista di kedai Teja memakai cap berwarna biru muda, apron coklat dan berbaju hitam itu namanya Azizi Azahazuhari. Dulu rambutnya panjang persis Awie Wings tetapi kini tidak lagi. Cuma berambut pendek. Mungkin untuk nampak lebih kemas dan rapi. Jambangnya pun dah nipis. Nampak ala-ala watak Dilli dalam filem Kaithi. Di hadapan kedainya cuma ada 2 meja dan kerusi sebanyak 8 buah. Sesuai untuk yang datang minum dan berlalu pergi. Teja sebagai tempat persinggahan memandangkan kedainya juga berada di Grik; laluan utama pemusafir yang nak Kelantan atau dari Kelantan nak ke utara. “Ji, boleh masuk dalam ke?” “Ya la. Masuk duduk dalam ni. Nak duduk lama kan?” Bahagian dalam khusus untuk staf sahaja. Dan sekarang cuma dia seorang sahaja staf. Dia kuli dan dia bos. “Ji, tak pakai pekerja ke?” Aku bertanya kepada Azizi Azahazuhari sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi. “Tak pakai lagi Mil. Aku nak faham dulu kos operasi dalam mainan buat kopi ni. Nanti aku nak upah pekerja, senang sikit bi

TOKO KOPI TEJA, GRIK (PART 1)

“Ji, kedai buka hari ni?” Melalui satu panggilan telefon, aku bertanya kepada Azizi Azahzuhari. “Buka. Mari la.” Jawab Azizi Azahazuhari. “Apa nama kedai mu? Nak search google maps.” “Mu taip je ‘Toko Teja’.” Ringkas arahan Azizi Azahazuhari. Teja. Pendek saja nama kedai. Azizi Azahazuhari baru saja menjalankan perniagaan minuman berasaskan kopi. Dulu-dulu memang sudah nampak minat dia dalam membancuh kopi. Semasa berada di Mesir, Azizi Azahazuhari selalu membancuh serbuk kopi campuran berjenama Bonjorno. Sesekali, dibancuh bersama dengan susu jenama Bekhero. Sedap. Rasa Bonjorno buatan tangannya sungguh sedap. Ada bakat. Mungkin masa tu dia masih belum tahu dia berbakat untuk menjadi seorang barista. Dan aku pula berbakat menjadi tukang minum. Aku memulakan perjalanan. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Perjalanan dari Pasir Mas ke Grik memakan masa lebih kurang 3 jam. Dari Kelantan, cuaca mendung dan sesekali hujan sehinggalah ke puncak Titiwangsa. Sebaik sahaja melepasi punca