Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2021

PERBAHARUI, 'RENEW' SSM SECARA 'ONLINE'

Bagi sesiapa yang ingin memperbaharui lesen perniagaan mereka yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) , anda semua boleh perbaharuinya melalui portal EZBIZ . Tapi, untuk mendaftarkan diri sebagai pengguna ezbiz, anda perlu daftar dan perlu aktifkan pendaftaran di kaunter SSM buat kali pertama. Bermakna, untuk penggunaan kali pertama, perlu juga ke kaunter SSM. Tidak senang dengan hanya duduk di rumah dan dapat pengaktifan secara automatik. Jadi, sekiranya anda perbaharui lesen di SSM, alang-alang dah pergi SSM, boleh daftar ezbiz. Selepas ini, atau tahun depan, dah tak perlu ke SSM untuk perbaharui lesen. Bayar secara online dan tekan butang print untuk print sijil SSM. Kat bawah adalah langkah-langkah yang perlu dibuat untuk memperbaharui lesen SSM melalui portal ezbiz. Kalau terus ke laman web ezbiz pun ada sediakan manual untuk menerangkan langkah demi langkah untuk membantu pengguna menggunakan khidmat mereka. Masukkan username dan password yang telah didaftar