Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2022

KEDAI MAKAWE DI KG REPEK PASIR MAS - SARAPAN PAGI ALA-ALA WESTERN

  Jarang-jarang ada juga mari rasa nak makan makanan ala-ala western. Makan pula untuk breakfast di waktu pagi. Macam mat salleh pula kan? "Eleh... mana tahu mat salleh pagi-pagi lagi dah makan macam tu?" "Tengok movie Mat Salleh la. Tengok ada babak dia makan macam tu. Ada hotdog ada cheese, kira makanan Mat Salleh la tu." Untuk orang Pasir Mas yang nak sarapan ala-ala western tu, boleh cuba makan di Kedai Makawe yang terletak di Kampung Repek, Pasir Mas. Kedai dia kecil sahaja tapi berada di tepi jalan utama. Mudah untuk dilihat. Ada kain rentang yang besar bertulis Kedai Makawe. Nama kedai bunyi Kelantan kan? Tapi makanan dia memang boleh dipuji. Semuanya sedap! Macam makan dekat Amerika. "Makawe tu sempena nama dia Mak Awe." "Bukan, Makawe tu maksudnya Ma Kawe (Ma Saya)." Pernah sekali nama Kedai Makawe menjadi pertikaian. Ada yang berpendapat maksudnya adalah Mak Awe. Kelantan memang selalu letak Mat dekat depan kalau nama lelaki. Kalau pere...

SEDO : SEKILAU DONUT, DONUT PALING SEDAP DI KUANTAN

4 Donut ni ada pakej. Beli 2 atau beli 4 atau beli 6 Sesiapa yang ada di Kuantan atau singgah sebentar di Kuantan, wajib makan donut di Kedai Sedo. Kedai kawan saya yang masih lagi perawan bernama Fakhrullah Alias. “Apa? Sedo? Bukan Sedo tu bodoh eh?” Kalau bahasa Kelantan, ‘sedo’ adalah campuran senduk dan bodoh. Jadi sedo. Lebih kurang macam orang yang lurus bendul. Kedainya dibawah kedai Jurukur Mahabob Tapi kedai donut Sedo bukan bermaksud kalau makan donutnya akan jadi ‘sedo’. Walaupun boss donut Sedo fasih berbahasa Kelantan, sedo bermaksud Sekilau Donut. Se = Sekilau Do = Donut Ni perisa cheese. Cheese tak kedekut tu. Donutnya serius sedap, gebu gebas, penuh isi, lembut, besar dan yang penting adalah bulat. Buat penggemar donut, wajib cuba. Ya, wajib cuba! Pasti tak menyesal! “Eleh, donut… biasalah. Rasa donut la. Bulat, pastu ada gula. Rasa manis-manis gitu. Banyak je kedai-kedai jual.” Ni perisa Orea. Sedap juga. Haaa… sini yang istimewanya donut Sedo. Dia ada banyak ragam, ba...

RIDE TO KENERONG, DABONG : PART 2

Senja sudah menjengah. Bunyi cengkerik sudah kedengaran dalam hutan di sebalik sungai. Matahari pula sudah tidak kelihatan. Hanya cahayanya masih lagi terang kemerah-merahan. Sedang asyik melayan bunyi deru sungai, aku tengok makin ramai budak-budak dalam lingkungan 10 hingga 15 tahun yang turun ke sungai. Seorang demi seorang terjun ke dalam sungai. Pelbagai gaya dan aksi. Sikit saja aksi mereka hampir sama dengan Pandalela Rinong. Tapi kesemua mereka berkepala botak. ‘Sah. Kalau kepala botak, mesti budak-budak yang belajar dekat pondok ni.’ Hatiku berteka sendirian. “Abe! Mari la mandi sekali!” Budak cilik di hujung sungai menjerit ke arah kami. Agaknya budak ni mungkin baru berumur 9 tahun. Dia paling kecil dekat situ. Dari dalam hammock, aku mengangkat tangan melambai. Isyarat menunjukkan aku dengar panggilannya. Terus saja aku melayan perasaan dibuai hammock. “Abe! Mari la mandi. Ke Abe takut lemas?!” Budak kecil tadi sekali lagi menjerit dari arah sungai. Takut lemas? Tercalar eg...

RIDE TO KENERONG, DABONG : PART 1

“Motor Kriss kawe ni boleh sampai Dabong ke? Jauh tu?” Soal Mat Yie sangsi. Dia masih ragu-ragu adakah motor Kriss usang kepunyaannya mampu untuk bergerak sejauh 124KM sehala dari Pasir Mas ke Dabong biarpun no plate motornya berbaris 3 angka. “Kita try Khamis ni macam mana. Kalau sampai, sampai la.” Jawab aku sambil kaki menguis-nguis tayar motor Mat Yie. “Mil, motor demo setakat pusing kawasan Pasir Mas boleh la. Nak jalan jauh mesti tak sampai.” Ada saja suara sumbang yang memperlekehkan motor Honda milik aku. Hampir setiap minggu, mesti ada sekali yang melontarkan ayat-ayat sinis. Hairan, walaupun jenama H, masih ada kasta. Jika motor, dipandang lekeh, jika kereta, disanjung tinggi. Apakah bezanya? Khamis kunjung tiba. “Yie, kita gi pacak khemah. Esok, Jumaat kita balik. Okay ke?” “Kawe beres belaka. Yang tak beres cuma motor kawe. Takut kena sidai tepi jalan.” “Jangan risau Yie. Kriss demo ni buatan Modenas. Modenas ni syarikat Malaysia yang keluarkan produk motorsikalnya sendiri....