HUJAN DAN AIR MATA
Embun pagi jernih kebasahan. Bersinar bila dipantul cahaya mentari. Perlahan - lahan akan hilang. Pagi Khamis. Alhamdulillah, masih lagi dapat bernafas.. masih lagi dapat menghirup udara - udara untuk memenuhi ruang paru - paru. Masih lagi dihidupkan dalam agama Islam. Satu nikmat yang paling agung sekali.. Bergelar seorang Muslim. Madinah sekali lagi disirami hujan. Rasa - rasanya dah 3x hujan turun sejak masuk musim sejuk ni. Hujan itu sejuk.. Hujan itu juga telah disinonimkan dengan berkat. Kerana itu lah kita digalakkan untuk berdoa bila tiap kali hujan turun. Antara masa mustajabnya doa. Kerana hujun yang turun itu boleh menyuburkan tanah dan seterusnya menumbuhkan benih - benih tumbuhan bersamanya - samanya akan mengeluarkan buah - buahan sebagai hasil. Berkat. Rezeki dari Allah. Ya Allah... sungguh hebat pentadbiran-Mu ya Allah. Hanya orang yang tertutup pintu hatinya yang tidak nampak kebesaran dan kekuasaan Allah yang Maha tiada tandingan. Mungkin sudah nampak dan jel...