Sesiapa yang datang ke Bintulu, Sarawak dan masih tercari-cari tempat makan yang sedap dan menyelerakan, aku cadangkan untuk pergi ke Restoran Sinong Thai. Pasti dan mesti tak menyesal. Rasa makanannya pasti tak menyesal, tapi kalau poket nipis, mesti menyesal di kemudian hari. Jalan-jalan Bintulu, lepas tu tak jumpa tempat menarik, bolehlah singgah di Restoran Sinong Thai sebab dekat Bintulu ni tidak ada sangat tempat menarik. Ada tempat yang menarik, tapi tidak banyak. Mungkin kerajaan tempatan perlu perbanyakkan lagi produk pelancongan di Bintulu sebab tempat sudah lawa dan bersebelahan dengan pantai. Restoran ini terletak di hujung sungai bersebelahan dengan Pengkalan Feri Bintulu. Berdekatan dengan Pasar Tamu. Nak senang, taip je Sinong Thai dekat Google Maps, pasti jumpa. Jadi, lokasi restoran ini berada di atas air. Nak kata terapung tu boleh la. Sebab ada di atas air kan? Kalau tak, namanya tenggelam. Restoran ini mengikut maklumat yang aku dapat, dibuka untuk makan tengah hari...
melakar apa yang minda sering kusut