Hari raya ketujuh bersamaan dengan 7 syawal. Hari raya mungkin sudah habis buat mahasiswa dan mahasiswi kerana ada antara mereka sudah berangkat menuju ke kampus masing - masing. Mungkin cuti mereka pendek dan aku yakin, mereka dapat manfaatkan cuti mereka yang pendek tu dengan benda yang berkualiti. Moment yang dapat disimpan dalam memori untuk terus tersenyum di hari yang mendatang. Aku masih menghitung hari untuk berangkat ke Madinah. Rabu nanti. 29 Ogos. Doakan moga aku sampai dengan selamatnya. Cuti aku yang singkat membuat hari - hari aku memang padat. Keluar pagi balik malam. Tapi, tak kemana sangat pun.. lepak - lepak dengan member sambil kongsi - kongsi cerita kehidupan. Imbas kembali kenangan zaman budak remaja. Masa untuk bergelak ketawa. Tak nak fikir lagi masalah pelajaran. Memang kehadiran Syawal amat bermakna di bumi Malaysia kerana tradisi orang Melayu menjadikan Aidilfitri masa untuk ziarah menziarahi sanak saudara. Kalau bukan Aidilfitri, entah... aku rasa saudara...
melakar apa yang minda sering kusut