TUKAR HAK MILIK KENDERAAN : CARA BOOKING PUSPAKOM ONLINE

Biasanya PUSPAKOM adalah tempat yang dituju oleh orang ramai bila ada urusan pemeriksaan kenderaan. Sama ada pemeriksaan untuk menjual kenderaan ataupun pemeriksaan berkala yang wajib seperti yang diwajibkan ke atas lori dan van perdagangan. Bagi orang awam, kebiasaanya adalah untuk melakukan pemeriksaan untuk melayakkan kereta tersebut ditukar milik kepada pemilik baharu yang mana proses tersebut perlu melalui kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sekiranya keputusan pemeriksaan oleh PUSPAKOM lulus, maka tidak ada masalah untuk JPJ meluluskan pertukaran hak milik. Undang-undang ini memang sudah lama dipakai di Malaysia. Apa tujuannya? Di samping menambah pendapatan negara, ianya adalah salah satu cara untuk memastikan kereta yang ditukar hak milik tersebut adalah kereta yang selamat dan tidak bahaya untuk dipandu di atas jalan raya. Selamat untuk pemandu dan selamat juga untuk pengguna jalan raya yang lain. Ada kereta yang bahaya juga ke? Ya. Memang ada kereta yang bahaya. Ke...