SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH, NORMAL BAHARU UNTUK PELAJAR SEKOLAH
Selepas hampir 100 hari PKP dan sekarang ini adalah PKPP, sekolah sudah dibuka untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Peperiksaan SPM, STAM dan STPM antara yang utamanya. Walaupun sekolah dibuka, ada peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dan diambil berat oleh pihak sekolah yang mana ianya dipanggil dengan SOP (Standard Operation Procedure) pasca COVID-19. Laluan Pergi dan Balik Pelajar Sekolah aku juga sudah dibuka seperti biasa. Sesi persekolahan bermula 24 Jun, tapi disebabkan sekolah ini adalah sebuah sekolah berasrama penuh, maka pelajar datang pada petang 23 Jun lagi. Bermakna pelajar akan bermalam di asrama pada malam itu. Normal baharu sudah aku siapkan sebelum itu, iaitu dengan membahagikan pelajar kepada 8 orang sebilik dengan penjarakan satu meter antara katil dengan katil yang lain. Hari pertama persekolahan selepas PKP. YIK dah datang melawat. Kebiasaannya, setiap bilik memuatkan 20 orang pelajar. Had muatan yang paling maksima dalam bilik ...