Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

TRIP GUNUNG BASOR, JELI KELANTAN (PART 2)

Bersambung  untuk part 2. Untuk yang mana-mana belum lagi baca part 1, boleh baca dulu tapi kalau tak baca pun tak apa sebab plot ceritanya sangat mudah. Tak baca part 1 pun boleh faham je yang part 2 ni. Bukan macam cerita Avengers ni. Hahaha 29/3 Gogo dan Mat Zam menyiapkan roti pita Awal-awal pagi gogo dah bangun untuk masak sarapan buat line upnya. Menu sarapan kami adalah roti pita bersama dengan tuna. Tak tahu nak komen macam mana. Makanan kalau semuanya makan dalam hutan, memang tak ada yang tak sedap. Semua rasa sedap je. Aku balun 3 roti pita disebabkan terlalu sedap. Breakfast kami 9.20 pagi Kami memulakan perjalanan kami daripada kemsite untuk menuju ke puncak Gunung Basor. Masing-masing berbekalkan dengan 1.5 liter air sungai yang di bawa di dalam beg daypack. Cuma aku sahaja yang bawa 3 liter. Aku tahu yang aku minum banyak air, disebabkan itulah aku siap sedia untuk bawa air lebih. Mana tahu tengah ontrek nanti ada mari rasa nak berak ke? Muda