Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Perbahasan Ringkas tentang Bau Mulut Orang yang Berpuasa

Salam Ramadhan 1436 Hijri. Suatu lagi nikmat yang diberikan oleh Allah Taala. Apakah dengan nikmat ini kita mahu mensia - siakannya tanpa beroleh keampunan daripada - Nya dalam bulan yang mulia ini? Tepuk dada tanya iman, tepuk dahi tanya akal. Satu perkongsian yang ingin dikongsi bersama. Mengenai hadis Rasulullah s.a.w tentang bau mulut orang berpuasa yang lebih wangi dari kasturi di sisi Allah. Perkongsian ini adalah dari saudara Dzulkhairi yang merupakan seorang senior di sekolah saya dahulu. ************************* Perbahasan Ringkas tentang Bau Mulut Orang yang Berpuasa Hadis perbincangan: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ جُنَّةٌفَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ وَإِنْ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْي

MALAYSIA LAYU DIBELASAH PALESTIN 6 - 0

Nampaknya angan - angan skuad Harimau Malaya untuk beraksi di pentas antarabangsa semakin kabur dan semakin semabur. Malam tadi nampaknya skuad harimau telah kehilangan taringnya. Gugur dan luruh hilang entah ke mana. Dollah Salleh puas mencarinya tetapi tidak ketemu jua. Dimanakah wahai taringmu wahai si Harimau Malaya? Perlawanan kelayakan ke Piala Dunia pada malam tadi menyaksikan Malaysia tumpas 0 - 6 di tangan Palestin. Memang tidak disangkal yang ranking Palestin di mata FIFA tinggi berbanding Malaysia dan sekiranya Malaysia menang dengan Palestin malam tadi, akhbar - akhbar antarabangsa akan memfokuskan kepada perlawanan ini. Mana tidak, ianya seakan satu keajaiban yang dinanti - nantikan. Layu selayu - layunya. Bukan setakat taring harimau yang hilang, kukunya yang tajam pun tiada lagi. Belangnya juga sudah luntur. Harimau Dollah Salleh hanya mampu menguap, bukannya mengaum dengan lantang di Stadium Bukit Jalil malam ini. Di manakah harapan penyokong dan peminat skuad

Perginya Seorang Murabbi Tercinta

Gambar semasa sambutan hari guru 29 Jun 2015 8 Jun 2015. Satu lagi episod duka dalam diari perjalanan kehidupan. Jauh dari lubuk hati aku sedar dan yakin yang ini adalah satu kehidupan yang sementara. Satu perjalanan dalam menuju ke sebuah kehidupan yang kekal abadi. Mungkin episod ini adalah satu peringatan dan juga satu wisel untuk menyedarkan diri yang sering kali lalai ini akan sebentarnya kehidupan di atas muka bumi ini. Pagi Isnin, 8 Jun 2015. Satu mesej dari group whatsapp kedengaran dan terpapar di skrin smartphone aku. Luhurnya hati ini bila mesej itu mengatakan yang Ustaz Nasrudin Saufi telah pulang mengadap penciptanya pada pukul 6;30 pagi tadi. Aku tergamam seketika bila menerima mesej tersebut. Terus ku reply adakah ianya betul – betul sahih dan benar biarpun hati ini sudah arif akan mesej sebegini. Ianya bukan lagi satu permainan dan gurauan. Ternyata, berita itu adalah suatu kebenaran. Suatu kebenaran yang perlu ditelan dan dihadam walaupun ianya satu be

Resipi Rahsia Nasi Goreng Tanpa GST?

Nah, kepada sesiapa yang nak resipi nasi goreng tanpa gst yang sebelum ni mungkin resipi rahsia yang selalu dibangga - banggakan oleh menteri kita, Ahmad Maslan. Hanya perlu sediakan barang - barang seperti berikut:- 1) sayur 2) telur 3) cili 4) nasi 5) garam 6) daging 7) bawang 8) ayam 9) minyak 10) gas memasak Menteri Ahmad Maslan menyenaraikan 10 bahan - bahan seperti di atas untuk membuat secret resipi nasi goreng tanpa gst. Mungkin menteri terlupa nak masuk bahan yang dikenakan gst, kuali dan sudip. Haha. Memang betul tu resipi yang bahan - bahannya tanpa gst. Tapi, walaupun harga barangan seperti ayam, daging tak dikenakan gst, harga dekat kedai - kedai di kampung mungkin akan berbeza sedikit. Mungkin faktor elektrik yang dikenakan gst jika melebihi tarif yang telah ditetapkan. **Nampak je barang - barang tak dikenakan GST, tetapi kenapa harga barang naik juga?

Malaysia, Oh Tanah Airku

Apa yang akan terjadi dengan Malaysia pada tahun depan? Dua tahun hadapan? Tahun 2020? Saban hari, perpecahan dan permainan politik di Malaysia semakin pincang dan bercelaru. Rakyat tersepit di antara permainan orang - orang VIP ini. Ternyata, Malaysia sedikit kacau bilau dalam beberapa tahun sebelum ini. UMNO dengan masalahnya. Pakatan Rakyat dengan isunya. Bilamana semua pemimpin sibuk membicarakan tentang permasalahan parti, di mana masa pemimpin untuk melihat kesusahan rakyat, membantu rakyat dan berdiri bersama - sama dengan rakyat. Umum tahu yang rakyat Kelantan yang ditimpa bencana bah kuning tahun lepas masih lagi tiada rumah dan kelengkapan asas yang belum lagi lengkap. Sibuknya pak menteri dan anak buahnya sehingga mereka - mereka ini yang tidak bernasib baik di anak tirikan. Sungguh berbeza layanan mereka kalau nak dibandingkan dengan rakyat ataupun penduduk yang mana kawasannya akan diadakan pilihan raya. Kaya sebentar. Bah Kuning, MH 370, MH17, dan terbaru

Harga Minyak Naik Lagi

Mulai 1 Jun 2015, harga minyak di Malaysia untuk setiap liter adalah seperti berikut: 1) RON 95 -  RM 2.05 2) RON 97 - RM 2.35 3) DIESEL - RM 2.05 1 Jun tak seberapa nak indah bila kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 10 sen masing - masing untuk petrol Ron 95 dan juga diesel. Harga baru ini berkuatkuasa pada pukul 12:01 minit malam tadi. Cumanya tak pasti sama ada minyak cap kapak atau pun minyak yu yi cap limau turut naik harga pun tidak.  Harapnya pihak peniaga dan penjual tidak sewenangnya mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang mereka. Jangan sewenang menaikkan harga barang sekiranya barangan yang dijual itu sudah ada untungnya. Fikirkan kesulitan dan kesusahan marhaen yang lain. InsyaAllah ada berkat dalam perniagaan. Bila harga minyak turun, harga barang tak turun. Bila harga minyak dunia naik, maka minyak Malaysia juga naik. Harga barang jangan pula dinaikkan! - Orang Pandai Malaysia (Ahmad Maslan) P/S: Syukur... Malaysia masih a