MALAYSIA LAYU DIBELASAH PALESTIN 6 - 0

Nampaknya angan - angan skuad Harimau Malaya untuk beraksi di pentas antarabangsa semakin kabur dan semakin semabur. Malam tadi nampaknya skuad harimau telah kehilangan taringnya. Gugur dan luruh hilang entah ke mana. Dollah Salleh puas mencarinya tetapi tidak ketemu jua. Dimanakah wahai taringmu wahai si Harimau Malaya?

Perlawanan kelayakan ke Piala Dunia pada malam tadi menyaksikan Malaysia tumpas 0 - 6 di tangan Palestin. Memang tidak disangkal yang ranking Palestin di mata FIFA tinggi berbanding Malaysia dan sekiranya Malaysia menang dengan Palestin malam tadi, akhbar - akhbar antarabangsa akan memfokuskan kepada perlawanan ini. Mana tidak, ianya seakan satu keajaiban yang dinanti - nantikan.

Layu selayu - layunya. Bukan setakat taring harimau yang hilang, kukunya yang tajam pun tiada lagi. Belangnya juga sudah luntur. Harimau Dollah Salleh hanya mampu menguap, bukannya mengaum dengan lantang di Stadium Bukit Jalil malam ini. Di manakah harapan penyokong dan peminat skuad bola sepak Malaysia yang sebaya aku untuk menyaksikan Malaysia beraksi di Piala Dunia?

Pendapat aku, sudah tidak relevan lagi pemain - pemain seperti, Amri Yahya, Safee Sali dan ramai lagi pemain senior yang lain dimasukkan dalam skuad utama negara. Biarpun atas tiket pengalaman, pengalaman mereka seolah tiada berguna kerana semuanya adalah pengalaman ketika mana mereka kalah. Harap peminat Dollah Salleh jangan marah aku. 

Satu pembaharuan perlu dijana dengan seberapa segera. Tapi, entah mengapa. Seolah - olah masa depan skuad bola sepak tidak dapat pergi jauh bila mana melihat kepada prestasi anak - anak buah Ong Kim Swee pada Sukan Sea tahun ini. Tidak semekar pada zaman Mokhtar Dahari. Di manakah pelapis dan bayang - bayangmu wahai Super Mokh? Adakah ianya sudah pupus seperti mana pupusnya lelaki sejati melayu di bumi Malaysia ini?

Bagi aku, skuad ini perlu dirombak dan perlukan muka - muka baharu,.


Comments

  1. diorg dah tak kisah sgt...main hampeh pun gaji tetap lumayan

    ReplyDelete
  2. maleh den nak komen....komen pun tak guno bukannya nak berubah...ncm tu jugak prestasinya

    ReplyDelete
  3. tak tahu nak komen macam mana
    sebab kalau komen lebih2 nanti derang suruh kite pula yg main bola
    heh -_-

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

hukum main mercun