Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Usbu' Mayyit

Minggu ni adalah minggu study week untuk student yang belajar dekat Arab Saudi. Aku tak pasti apa takwim and status universiti dekat Malaysia sebab ada sorang blogger tu update entry yang dia tengah mid sem break. UiTM Shah Alam. Tak tahu la dia punya cuti sendiri atau pun memang official daripada UiTm. Kalau ikut kira kan, takwim dekat sini kadang - kadang hampir sama dengan takwim universiti dekat Malaysia.  Setiap kali study week benda ni pasti terjadi. Selama hampir 4 tahun aku bergelar mahasiswa tanpa ijazah ni, selama itu lah terjadi. Benda yang kalau seminggu dua lagi nak study week, pada masa tu seolah diri begitu ghairah, sudah berkobar dalam hati semangat yang ingin study bersungguh - sungguh pada study week. Makin dekat,  makin tekad azam untuk study dan cover balik pelajaran dengan harapan final exam nanti dapat jawab dengan smooth. Semua ini terbukti bila datangnya study week itu sendiri. Itu semua adalah konon. Kononnya! Haha Kat sini memang tak guna ist...

Ops Pintu

Semalam adalah suatu hal yang menyebabkan hati tak henti-henti menyumpah seranah Arab buat suatu masa yang seketika cuma. Bengang tak habis dengan perangai Arab ni. Kadang - kadang sampai tak masuk akal kalau nak difikirkan. Tak tahu la macam mana otak diorang ni berfikir. Bukan budak lagi, dah berjanggut, berjambang dan bermisai apa semua. Tapi, perangai macam orang tak cukup akal. Ceritanya, kelas aku ada test pada pagi tu. Aku ambil seat yang second last dari belakang. Belakang aku tu ada satu seat dan belakang seat yang last tu adalah pintu kelas yang memang forever locked. Maknanya pintu kelas aku cuma beroperasi yang hadapan sahaja. Aku sempat membelek nota - nota sebelum lect datang untuk pass soalan. Lepas tu ada sorang Arab,  lenggang lenggok berjalan, datang duduk belakang aku. Aku buat tak tahu je. Bila lect sudah hampir sampai untuk menghulurkan kertas soalan, aku cepat - cepat menyimpan nota. Pada  masa yang sama, Arab belakang aku memanggil aku. Aku tole...

Kena Lanyak 6 - 3 dengan Man City

ENTRY ARSENAL Game semalam ternyata satu aib yang besar buat pasukan kita. Kena lanyak 6 - 3 dengan Manchester City. Kita mungkin dapat bagi alasan dengan bermain di tempat lawan. Tapi alasan tu hanya alasan budak sekolah rendah. Tak boleh nak pakai sangat kalau nak diikut kirakan. Macam tak boleh nak terima hakikat pun ada sampai 6 gol Shezni bolos semalam. Ternyata game lepas ni menjadi penentu Arsenal akan terus berada di puncak liga ataupun tidak. Arsenal akan menentang Chelsea di Emirates hari Isnin 23 haribulan nanti.  Wenger menurunkan Walcott sebagai kesebelasan utama menentang City. Ternyata Walcott memang berbisa dengan menjaringkan 2 gol. Satu harapan yang baru kepada Arsenal sementara Giroud ketandusan jaringan gol. Sagna pun turut turun sebagai kesebelasan utama. Cuma semalam tak tahu mana yang silapnya. City terlalu mudah menembusi benteng pertahanan kita. Lebih - lebih lagi bila pertahanan terbaik kita Koscielny terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan lutut d...

Tumpas 0 - 2 dengan Napoli

ENTRY ARSENAL Napoli turun bermain di gelanggang sendiri dengan misi menjaringkan tiga gol bagi melayakkan mereka ke peringkat seterusnya dalam UCL. Tapi, apakah yang terdaya kerana Arsenal menghalang perjalanan mereka untuk mara ke peringkat seterusnya. Mereka berjaya menumpaskan Arsenal dengan 2 - 0 pada malam ini tetapi mereka tetap tidak dapat mara berikutan Dortmund berjaya mengutip 3 mata dengan menumpaskan Marseille. Ayat skema kan? Tengah berlatih untuk menulis ruangan sukan ni. haha Game malam ni memang menghiburkan penonton Napoli dan mencemaskan penonton Arsenal. Kedua pasukan bermain dengan baik dan masing - masing mengekalkan tempo permainan yang agak tinggi. Game laju, dan saling berbalas asakan di pintu gol masing - masing walaupun asakan di gawang Napoli sedikit kurang mencabar kerana striker Arsenal adalah Giroud! Gol pertama yang dijaringkan oleh Higuain memang menggugat semangat juang pasukan Arsenal kerana seluruh stadium bergema dengan sorokan. Suatu suara...

Hanya Seri dengan Everton

ENTRY ARSENAL Perlawanan pada malam ni nampaknya hanya berakhir dengan keputusan seri 1 - 1 melawan Everton. Everton telah berjaya membuat Chelsea dan Liverpool tersenyum dengan keputusan ini. Seri dengan Everton hanya dapat mengutip satu mata di Emirates dan menjadikan jarak mata dengan pesaing terdekat iaitu Liverpool hanya berbeza dengan 5 mata. Game malam ni sungguh layu dan sayu. Pemain kita nampaknya kurang bertenaga dan Everton pula memang lawan yang kuat, bermain dengan baik dan mampu menjaringkaln gol penyamaan pada minit - minit terakhir. Shazwani  Jenkinson - Mertesacker - Koscielny - Gibbs Arteta - Ramsey Wilshere - Ozil - Cazorla Giroud Skuad yang biasa Wenger guna sekiranya tidak menurunkan Flamini sebagai first eleven. First half kita sangat teruk. Tidak dapat menguasai ball possesion. Bola banyak bermain di bahagian pertahanan kita berbanding pihak lawan. Passing kita pun banyak yang tak menjadi malam ini. Aku tengok, player Arsenal malam ...

Kena Try !!

Benda dalam gambar di atas ni adalah satu jenis makanan. Rupanya tak adalah menarik sangat tetapi rasanya memang sedap. Benda ni kalau tak silap aku, asalnya daripada Yaman, tak pun memang makanan orang Arab. Namanya adalah Maa'sub. Kalau sesiapa yang datang ke Saudi, atau pun Jordan, try la makan benda ni. Serius, sedap kaw. Harganya pula tak ada la mahal sangat. Kalau yang macam dalam gambar ni, satu mangkuk tu dalam SR 12  dan cukup untuk 3 orang makan yang mempunyai kapaisiti tangki simpanan yang sederhana besar.  Maa'sub ni makanan yang dicampur adukkan antara pisang dengan roti arab. Pernah sekali aku tengok diorang buat benda ni. Roti arab dikisar bersama pisang dan yang putih tu rasa aku ianya adalah krim sebab rasanya memang berlemak. Manakala yang hirisan kuning kat atas tu adalah cheese atau pun hirisan mentega sebagai penyeri dan penyedap rasa. Maa'sub ni biasanya memang sesuai untuk dibuat pelawas bagi yang sembelit.  Benda ni ada banyak nama. Keb...

Hati yang Rawan

Kekadang kita perlukan masa untuk bersendirian. Jauh dari hiruk pikuk manusia. Cuma ada tenang dan damai bunyi alam. Berteman dengan secawan kopi yang hitam lagi pekat di pagi hari pasti akan memberi kesan pada jiwa yang sedang kusut. Setiap orang ada cara tersendiri merawat pedih dan sakit di hati. Itu terpulang, cuma yang penting jangan biarkan ianya semakin jauh daripada Sang Pencipta. 

Arsenal Gembira di Gelanggang Cardiff City

Arsenal tidak mengecewakan semalam. Malah menguntumkan senyuman buat semua peminatnya. Arsenal menang game semalam dengan jaringan 3 gol tanpa dibolisi. Arsenal nampaknya tidak terkesan dengan kekalahan 1 - 0 kepada Man Utd. Mungkin menjadikan kekalahan itu sebagai motivasi untuk memperbaiki lagi mutu corak permainan. Arsenal bermain di gelanggang lawan dan dapat mengekalkan corak permainan dengan baik dan cantik.  Cardiff City bukan calang - calang pasukan. Mereka seri dengan Man Utd pada game terakhinya dengan 2 - 2. Mereka mengalahkan Manchester City dengan 3 - 2. Peminat Arsenal mungkin boleh berbangga dengan keputusan semalam apabila hanya Arsenal yang mampu membenam Cardiff dengan 3 - 0 di saat pasukan yang kuat gagal menundukkan Cardiff. Mereka underdog, itu tidak dinafikan. 2 gol dijaringkan oleh Aaron Ramsey. Satu gol hasil tandukan dari bola yang di'cross' oleh Ozil pada separuh masa pertama dan satu lagi gol pada minit terakhir dengan Walcott pencetus kepada...