Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

dulu dan sekarang

Gambar yang ada kalimah arab. Mungkin ramai dah tahu perkataan yang basic dalam gambar kat atas tu. Sempena wordless.. tapi aku tak berapa nak wordless dalam entry ni.. Gambar kat atas tu first adalah perkataan Ramadhan yang kat tengah - tengah tu. Mesti korang dah tahu kan..? Tak tahu baik kena google translate..haha. Gambar sebelah kanan tu ada kalimah QADIIMA. Aku malas nak taip arab. Maksudnya adalah dulu. Yang belah kanan pulak adalah AL - AN bermaksud sekarang. Dengan itu, tafsir sendiri la gambar kat atas tu. Aku pun masih tak dapat nak tafsir dengan jelas gambar tu.. **hari ni last sekolah. nanti boleh jejalan di alam maya.. :D

kurma madinah

Kalau kat saudi, Madinah memang terkenal dengan banyak dan murahnya kurma. Pelbagai jenis kurma boleh didapati kat Madinah. Kalau ada yang datang umrah ataupun haji, dan ingin membeli kurma, aku syorkan untuk beli di Madinah berbanding di Mekah. Tak rugi kalau ikut apa yang aku syorkan. Percayalah. Sehingga kurma Nabi ataupun kurma Ajwah itu sendiri datangnya daripada Madinah. Setakat yang aku tahu, kurma paling mahal dan sedap pun adalah kurma Ajwah. Ajwah sendiri ada pelbagai jenis dan ada rate harganya yang tersendiri. Harga biasa untuk kurma Ajwah ni dalam SR 60-70. Bergantung kepada skill masing - masing untuk penawaran. Yang mulutnya manis dapatla murah sikit. Tu gred Ajwah yang standard. Sebulan sebelum Ramadhan biasanya harga kurma sedikit mahal. Stok tak banyak sehinggalah masuk bulan yang mana kurma ini membiak. Aku bukan nak buat iklan kurma kat sini. Haha. Cuma nak bagitau yang sekarang ni adalah musim kurma sedang berbuah kat Madinah. Kat universiti aku, kurma mula r...

MUSIBAH YANG BESAR

First sekali adalah tahniah kepada rakyat Mesir kerana Dr. Mursi secara sah sudah menjadi presiden Mesir. aku rasa rakyat Malaysia ramai je yang nak Dr. Mursi ni menang, tak nak anak buah si Hosni Mubarak memerintah Mesir. aku pun macam tu juga. nak tengok pembaharuan yang dibuat oleh Dr.Mursi. Hanya dapat memerhati daripada jauh. Mukadimah untuk entry hari Isnin. Hari minggu je dapat update satu entry untuk satu hari. Hari sekolah tak dapat buat pula. Nak kata busy tak de sangat. Aku pun baru perasan yang dkna ada dok canang-canang nama aku dalam entry dia dua hari lepas. Kalau korang nak tahu, aku dah tackle dkna tu..tapi dia yang jual mahal. Bajet. Haha Tak nak citer banyak pasal orang jual mahal. Tak de guna juga. Yang penting kita cari apa kelemahan kita sampai orang tak nak terima kita. Hehe. Dkna, tak ada orang yang perfect ada dunia ni. Memang manusia diciptakan macam tu. Mesti ada kelebihan dan kekurangan. Jangan pandang kekurangan je. Tak adil macam tu. Tapi, dalam tak pe...

TEGAS DENGAN MASA

Aku kagum dengan syeikh untuk subjek quran aku bagi kelas shortsem ni. muka dia nampak tenang je. suara slow je mula mula tu. seakan berbisik. nampak macam muda lagi. tapi aku tak pasti berapa umur dia. dalam 20+ kot. namanya adalah Ahmad Sultan Ibrahim. first time kelas dia. dia tekankan manhaj pembelajaran kelas dia dan manhaj dia mengambil kehadiran. ada 3 cara dia mengambil kehadiran. first adalah untuk orang yang hadir 5 minit awal, second adalah untuk orang yang hadir selepas 5 minit kelas yang mana dinamakan mutaakhirin dan lastnya adalah untuk orang ghiab ( tak hadir ). semuaya ada markah untuk dihimpun dengan markah akhir tahun nanti. nampak macam syeikh ni susah dan amat strict peraturan kelas dia. tapi, nak buat macam mana. semua dia buat tu betul kan..? bagi pengajaran sikit untuk bebudak arab yang selalu je masuk kelas lewat. dah la masuk 10 minit last, pastu buat muka tak bersalah. mengganggu kelas ada la..haha tapi syeikh ada sebab dia buat macam tu....

halal tapi benci

pernah tak kita dengar hadis " perkara halal yang dibenci/dimurkai Allah Taala adalah talak " rata rata mesti ada dengar hadis yang mashyur ni. hadis yang paling terkenal dalam kalangan orang Melayu. hadis yang digunakan oleh kaum wanita untuk menkonfiuskan suami yang mahu menceraikannya. tahukah kita yang hadis tu adalah hadis yang tidak sahih..? hadis yang maudhu'. tidak dapat dibuat hujah dan berhati hati lah dalam menyebarkannya kerana kita mungkin akan tergolong dalam golongan yang membuat dusta atas kalam nabi. ye..hadis tu memang tersohor. tapi, tersohornya tidak menjamin yang ianya adalah hadis yang sahih dan mutawatir daripada nabi. jadi, sesiapa yang nak menyebarkannya, rajin rajinkanlah diri anda untuk mengkaji dan jika yakin yang ianya adalah daripada Nabi s.a.w dipersilakan. mana mungkin perkara halal tapi boleh pula dibenci Allah. boleh diterima logik akal tak.? tak mungkin macam tu kan..?sudah semestinya benda benda yang dihalalkan oleh syariat ni ad...

wordless wednesday

credit : MedikTv

wordless wednesday

panas membahang

alhamdulilah.masih lagi hidup dengan normal macam orang lain. semua 5 deria masih lagi berfungsi dengan elok. kalau korang yang baca ni terasa yang 5 deria korang masih lagi okay. cuba lahirkan rasa syukur dalam hati tu.. sedikit pun tak pe..hehe. aku kat sini kena mengharungi suhu 50 darjah celcius..kalau stay kat bilik suhu dalam 20-30 darjah celcius je. so, untuk elakkan kekeringan air dalam badan dan pembaziran air yang terhidrat akibat panas, banyak masa dihabiskan didalam bilik. layan anime naruto sambil belajar bahasa jepun. aku kena susun masa untuk keluar daripada tempat hibernasi aku dengan baik sekali. memandangkan aku mengambil kelas shortsem, masa untuk berada di bawah terik matahari hanya ketika perjalanan pergi dan balik ke kelas je. memang teruji panas kat sini, nak pergi masjid yang dekat pun iman boleh jadi nipis senipisnya.haha kena ingat. lain orang lain ujian yang Allah bagi kat kita. kat bawah ada jadual aku sepanjang shortsem. kalau korang nak belajar vocab...

UMRAH DENGAN SAPTCO

blog sepi beberapa hari..keke.. hari khamis yang lepas aku berangkat bersama - sama dengan member untuk ke Mekah. menunaikan umrah. sudah lama rasanya tak buat umrah. dekat je jarak antara mekah dan madinah. cuma aku je yang malas. malas nak bersusah - susah. memang tak patut. tak patut dan tak patut. plan memang macam biasala kalau nak pergi ke mekah secara beramai - ramai. naik bas kat Madinah. bas yang syarikatnya nama Saptco. Aku rasa Saptco ni satu - satunya syarikat bas yang ada kat Saudi. Syarikat bas yang rasminya di bawah kerajaan Saudi. Rasa - rasa je la. SAPTCO ( Saudi Public Transport ). Kira - kira ada dalam 14 orang nak pergi mekah termasuk aku. Kat sini senang, nak bertolak baru beli tiket. Tapi yang susahnya kena beratur la. Kebetulan malam minggu, memang ramai plak yang nak pergi Mekah. Tiket dalam SR 54 untuk pergi dan balik. Harga untuk student. 50 peratus diskaun. Harga sebenar kali la dengan dua. Naik bas kat sini ada beberapa kekurangan. Satunya adalah penum...

mood bercuti

hari hari di madinah masih lagi diteruskan. masih lagi dalam mood bercuti. tidur, bangun, makan. mungkin akan berterusan selama seminggu. haha.. sedang menghitung hari. hari Jumaat ni mesti tak ramai yang tinggal. ramai yang pergi ke Taif untuk mengikuti Program Hafazan Quran. tinggal beberapa orang je. nak lepak mesti tak best. yang tak pergi program tu mesti orang yang malas. dah boleh bajet dah.. aku pun tak pergi program tu..hehe aku rasa tiket 12 Julai ni aku nak percepatkan kepada 21 Jun. terasa juga duduk di Madinah pada musim panas. pukul 8 pagi tu dah macam pukul 12 tengah hari di musim lain. sangat panas. bayangkan, suhu hari - hari boleh mencecah 50 darjah celcius. ni baru permulaan. fasa pertama. hehe. ada fasa juga ke? Tengok kepada sejarah tahun - tahun yang lepas, suhu boleh mencecah kepada 60 darjah celcius. cuba bayangkan. Banyak kucing - kucing yang berkeliaran kat sini mati kehausan. Mati kepanasan. Tu yang aku rasa kena cancel plan untuk ambil shortsem. Untuk ...

Bas Upin & Ipin

percaya ke tidak yang syarikat bas di Saudi menggunakan nama Upin dan Ipin untuk menarik perhatian penumpang. sebenarnya aku pun tak pasti apa motif sebenar sebuah syarikat bas di Saudi ni menggunakan nama Upin dan Ipin. Tapi, yang jelasnya, memang nama Upin & Ipin terpampang di hadapan bahagian bas tu.... nak lebih jelas, tengok gambar kat bawah je. korang boleh bagi tafsiran masing - masing. haha.. tapi, aku pun konfius kalau nama upin & ipin tu adalah nama tempat. setahu aku tak de lagi nama tempat kat area Saudi ni yang namanya adalah upin & ipin... gambar ni aku cilok dari FB Haji Arshad. Orang melayu yang stay kat Mekkah. Businessman la lebih kurang. aku kenal je dia. tapi, dia mungkin tak kenal aku..haha aku pun tak pasti gambar ni edit ke tak..hehe. *kredit utk haji Arshad.

ORANG JORDAN DATANG LAGI KE MADINAH

hari ahad. hari minggu dan hari untuk santai menyantai. hari ahad juga adalah hari sebenar untuk aku berlepas pulang ke malasia. tarikh yang asalnya termaktub di atas tiket untuk aku terbang bersama sama saudi airlines. tarikh 4 jun plak dijangka kaki aku sudah terpijak di alam nyata. negara nyata bernama Malaysia.kah3 tapi, itulah masalanya. tak jadi balik. extend tiket kepada bulan Julai. entah pape. rugi bilangan hari untuk aku berlibur.. biasanya macam tu la. time cuti lambat lg, mulalah terasa nak balik cepat. haaa.bila cuti dah datang, rasa tak nak pulang. tersembunyi di dalamnya hikmah. semalam sempat lagi jumpa sahabat dari Jordan yang datang buat umrah. kalau aku balik hari ni, rasanya tak sempat kot nak bermesra. mungkin sibuk dengan persiapan packing & sebagainya. walhal memang tak pernah packing awal pun. member yang kenal time aku bermusafir kat Jordan tika musim sejuk baru2 ni. sekali kenal, selamanya kita kenal. sekali bersahabat, sampai mati kita bersahab...

datang kembali

selamat petang jumaat..lama rasanya tak memanaskan jari dengan menaip kata kata puitis untuk blog ini terasa dirinya terupdate. serius..lately ada je masa kosong..tapi masa kosong untuk berblog ni rasa hilang...mungkin time tu sibuk nak exam..haha tapi..rasanya nak kembali beraktif aktif..lama tak jengok blog member member alam maya..blog dkna, saizuan, kak lm, mama zul..tak tersebut kot kalau nak buat list kat sini. baru 2 3 hari exam final dah habis.. tapi, masa sekarang banyak dihabiskan untuk game. berlibur katakan.. aku berblog ni untuk isi masa lapang je. untuk tambah kenalan, untuk menghiburkan diri sambil nasihat menasihati sesama kita.kalau ada ilmu manfaat, boleh jugak share mengsharekan..?.hehe. kalau sampai terabai kerja yang utama disebabkan blog, kena stop dulu..fikir balik tujuan berblog..lagipun masih lagi belajar..itu yang utama.. hanya ini je yang mampu