Skip to main content

TEGAS DENGAN MASA

Aku kagum dengan syeikh untuk subjek quran aku bagi kelas shortsem ni. muka dia nampak tenang je. suara slow je mula mula tu. seakan berbisik. nampak macam muda lagi. tapi aku tak pasti berapa umur dia. dalam 20+ kot. namanya adalah Ahmad Sultan Ibrahim.

first time kelas dia. dia tekankan manhaj pembelajaran kelas dia dan manhaj dia mengambil kehadiran. ada 3 cara dia mengambil kehadiran. first adalah untuk orang yang hadir 5 minit awal, second adalah untuk orang yang hadir selepas 5 minit kelas yang mana dinamakan mutaakhirin dan lastnya adalah untuk orang ghiab ( tak hadir ). semuaya ada markah untuk dihimpun dengan markah akhir tahun nanti.


nampak macam syeikh ni susah dan amat strict peraturan kelas dia. tapi, nak buat macam mana. semua dia buat tu betul kan..? bagi pengajaran sikit untuk bebudak arab yang selalu je masuk kelas lewat. dah la masuk 10 minit last, pastu buat muka tak bersalah. mengganggu kelas ada la..haha


tapi syeikh ada sebab dia buat macam tu. kita dengan urusan yang melibatkan dunia selalu je nak tepat masa kan..? contohnya untuk naik flight.. 2 3 jam sebelum flight kita dah sampai kat airport kan.? untuk check in dan tunggu masa berlepas. kenapa kita tidak boleh datang awal ke kelas untuk amalan akhirat kita. satu contoh yang bernas dan logik dengan akal.

jangan habiskan masa dengan tidur je. -gambar hiasan-

Comments

  1. assalamualaikum H.J...betul tu kena la jaga masa jgn melakukn sesuatu yg merugikan kita juga...:)

    ReplyDelete
  2. jaga masa..kejar jejaka idaman ;p

    ReplyDelete
  3. terasa insaf jap sebab selalu leka ngadap laptop.hihih

    ReplyDelete
  4. salam kenal :)
    teya datang follow

    ReplyDelete
  5. bg tepat masa siket.hehe
    gamba hiasan yg xmenahan tu -.-'

    ReplyDelete
  6. Kalau mampu jaga waktu solat (awal waktu)..pasti mampu jaga waktu utk lain hal.

    eh..muda beno syeikh..

    ReplyDelete
  7. pandai ustaz

    biar anak2 murid berfikir & berdisiplin sikit

    ReplyDelete
  8. aahahhaha ustaz adik ke ??
    aah kurangkan tido utk elakkan beku otak nanti .. nak2 bila tgh study kan ;)

    ReplyDelete
  9. erm btol tue slalu je kte nk cpt Allah makbulkn doa kita tp bab nak beramal dgn Dia slalu je kte delay.. huhu

    ReplyDelete
  10. berkenan pulak rasa dekat ustaz tu.
    ehemmmm
    :D

    ReplyDelete
  11. siap ada utk yang 5 minit awl? bleh di praktikkan nie...

    ReplyDelete
  12. aku skong tu

    kwn2 aku slalu blenggang je walaupon da lwat

    ReplyDelete
  13. bagus la cara dia...aq pun bengang kalau ada yg masuk kelas lewat ni..mengganggu je bila time masuk kelas...rasa nak baling2 je..haha~

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.