Jangan Tolak Hadis
Salam penghulu hari buat semua. Jumaat yang pernuh keberkatan dan rahmat. Jumaat yang mana ada suatu detik dan ketika, padanya yang tidak akan tertolak doa seorang muslim. Banyakkan selawat kepada baginda junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Tentu, kita tidak mahu tergolong dalam kalangan orang yang kedekut dalam memperbanyakkan selawat ke atas baginda S.A.W. Intro kemain nampak macam ustaz kan? Sudah lama blog ni tak ada sesi tazkirah pada hari Jumaat. Dulu ada sorang writer tu yang selalu update tazkirah. Kalau dia busy, aku yang akan cuba olah ayat sendiri untuk bagi tazkirah. Tak lain tak bukan, tazkirah ni lebih kepada nak peringatkan diri sendiri yang memang selalu lalai. Cumanya, alang - alang untuk diri sendiri, biarlah orang lain dapat merasakan tempiasnya walaupun sedikit. Ada la juga sahamnya nanti kan? Tadi aku ada terbaca satu post dalam page facebook Dr. Mahathir yang mengulas mengenai penangkapan Kassim Ahmad. Jelas ada nada sesal dalam ayat y...