Zaman sekarang sudah tak seperti zaman dulu. Aku yang beranak tahun 90 an pun dapat rasa yang zaman sekarang sudah tak sama. Jauh bezanya. Dari segi pembelajaran, akhlak, teknologi, pembangunan dan sebagainya. Segala genap dan aspek sudah berubah. Zaman orang yang dah jadi bapa, datuk ni mesti lagi terasa perbezaannya.
Dalam semua benda yang berubah mengikut arus itu, semuanya kita dapat sesuaikan diri kita. Sama ada secara perlahan atau dapat menerimanya secara drastik. Teknologi ataupun pembangunan tu semacam tak kisah sangat dia nak berubah ikut zaman pun. Makin maju, makin kehadapan. Sebab semua tu ada kebaikannya untuk meringankan tugas - tugas kita seharian. Tujuan utamanya. Apa yang menjadi kekesalan adalah apabila akhlak dan kelakuan insan yang bergelar manusia ini juga semakin berubah dengan jayanya.
Manusia sekarang ini seakan semakin 'terkehadapan' perangai dan kerenah mereka. Mungkin juga impak buruk kesan daripada pembangunan dan perkembangan teknologi yang kian pesat. Ini yang menjadi kebimbangan buat ibu bapa zaman sekarang. Mereka bimbang yang anak - anak mereka akan menjadi seperti apa yang seringkali dilaporkan dalam Harian Metro. Gejala liar anak muda. Siang tidur, malam berpesta. Siang baik, malam jadi mabuk.
Aku yang masih lagi tidak punyai zuriat pun terkadang boleh terlintas untuk memikirkan perkara ini. Tak tahu la macam mana orang - orang kat luar sana yang baru bergelar ibu dan bapa. Apakah solusi dan jalan penyelesaian kita terhadap masalah ini? Teori yang mesti seiring dengan pelaksanaan.
Baru - baru ini aku ada terbaca satu keratan berita mengenai ibu bapa yang berang dengan tindakan guru di sebuah sekolah kerana membotakkan kepala anaknya. Ini juga suatu perkara yang perlu diambil perhatian buat para penjaga dan pendidik. Zaman dahulu, perkara ibu bapa yang bengang dengan guru sekolah mungkin jarang sekali kedengaran. Tapi, hari ini boleh dikatakan saban hari kita akan dengar kisah macam ni.
Aku pernah dibotakkan kepala di sekolah dulu. Aku fly. Tapi, guru sekolah aku macam rasa yang botak kepala ini tak ada effect sangat sebab dah macam dapat potong rambut free. Jadi, mereka potong rambut ikut suka diorang, bagi tak sama. Aku pernah kena macam tu. Masa tu, aku tak berapa nak fikir dengan baik. Nak marah cikgu pun ada juga sebab dia buat hukuman tu macam nak malukan kita. Tapi, kalau aku bagitau mak bapak aku, diorang siap gelak lagi. "Padan muka kau!!". Orang sekarang, confirm dah failkan report polis sebab memalukan anak dan buat anak mereka jadi down. Kononnya.
Sekarang sudah tahun 2014. Katakan bumi kita ini masih belum kiamat sehingga tahun 2030. Apa gamaknya nanti perangai dan perilaku insan - insan yang bergelar manusia ini. Bolehkah kita menjamin anak - anak kita ataupun adik dan saudara mara kita yang baru berumur 10 tahun sekarang ini dapat menjadi seorang yang baik akhlak dan budinya? Seminggu dua ni kecoh dengan parti - parti liar yang boleh dikatakan tiap bulan akan ada. Parti topless, parti pantai, parti bikini dan bermacam - macam jenis parti lagi. Jelas, majoritinya adalah anak muda yang menyertai parti yang sebegini. Apakah kita tidak runsing?
tula..kesian cikgu hari ni. nak mendidik pun susah.
ReplyDeleteakak yg masih blm ada anak pun selalu risau...dah fikir2 camnelah nak didik kalau ada.
ReplyDeletekemajuan sosio ekonomi selalunya mengakibatkan kemunduran sosio budaya.
ReplyDeleteTakut sbnrnya nk hidup pada zaman skrg..hanya berdoa agar dikuatkan iman supaya x terjebak dgn aktiviti2 liar
ReplyDeletesalam olls, perlukan penjagaan kesihatan untuk diri ??? Meh jalan jalan kat sini http://miaainis.blogspot.com/
ReplyDelete