Assalamualaikum untuk orang yang masih hidup lagi di hari Isnin. Tak nak kecoh pasal Man U menang. Chelsea menang pun tak nak kecoh sebab Arsenal tak main semalam.. entry ni adalah entry sadis dan frust. mungkin juga boleh dikira sebagai ujian. mungkin juga ada hikmah di sebaliknya.. 2 hari lepas, nset aku mati..kalau tak mati mesti koma sebab aku tekan punat dia tak nak juga menyala. senyap je... aku redha dan aku pasrah. takdir menentukan segalanya. mungkin kafarah sebab aku selalu main fon dalam kelas. dok wsap, dok tweet, berbalas mesej. mungkin ianya satu pengajaran. dan mungkin juga hikmahnya nak dapat fon baru..? sape tahu kan...? so, aku kena membiasakan diri dalam saat yang genting ini. saat yang mana tiada nset. ibarat di zaman sekolah rendah dahulu. mungkin seminggu, mungkin sebulan, mungkin juga setahun. frust, tak dapat snap gambar di mana - mana. **sape nak sponsor fon satu bagitau la...buat bekal di akhirat kelak..hehe