Posts

Showing posts with the label pendidik

KERJA SAMPAI MALAM, HANTU KE TU?

Image
Berbaki 2 malam lagi aku berada di Sg. Siput. Malam itu, selepas Isya’, hati aku terdetik untuk masuk ke perkarangan sekolah.  Budak-budak semua sudah balik. Tiada lagi suara riuh rendah di asrama mahupun di dewan makan. Malam itu sungguh gelap. Tiada sinaran cahaya bulan. Angin pula bertiup lembut seakan ingin menghantar aku untuk lena di perbaringan. Yang tinggal di sekolah cuma calon SPM. Itupun separuh daripadanya sudah pulang ke rumah masing-masing. Tinggal lagi separuh yang ambil subjek Usuluddin pada Khamis ini. Kereta aku melepasi pondok jaga. Aku membunyikan hon sebagai isyarat salam kepada jaga. Kereta aku masuk menuju ke arah pejabat. “Ada lagi Amin ni. Baru mari pula ke?” Gumam hatiku sendirian sebaik saja melihat kereta Perodua Alza yang diparkir di hadapan pejabat. Kereta itu milik Amin dari Kg. Tempoyak. Dari pagi aku tengok Amin berada di sekolah menguruskan borang surat tawaran kepada pelajar baharu tingkatan 1 tahun 2025. Masa itu dia lengkap berkemeja putih dan b...

AMIN BERBAJU MERAH

Image
Dari 7.30 pagi sampai pukul 11.50 pagi, Amin asyik mundar-mandir dalam bilik guru. Hari ini nampak hari yang begitu sibuk bagi dirinya. Kakinya tidak henti melangkah berjalan dalam bilik guru. Seketika dia duduk di kerusinya sambil menghadap komputer riba merahnya. Komputer riba yang boleh dikategorikan sebagai usang dan purba. Papan kekunci ditekan berkali-kali. Makin laju ditekan, makin nampak sibuk dan serabutnya dia. Sesekali kedua tangannya memegang kepala seolah-olah tidak mahu kepalanya meletup. Arghhh… Songkok yang dipakai sudah hilang entah ke mana. Dahinya berkerut. Kemudian dia bangun dan menuju ke meja printer di hujung sana. Kedua tangannya mencekak pinggang menanti kertas untuk siap dicetak. Dia menanti dengan penuh sabar untuk setiap helaian kertas siap dicetak. “Min, nampak sibuk hari ini. Okay ke tu?” Aku memberanikan diri untuk bertanya. Amin diam. Soalan yang ditanya sepi tanpa jawapan. “Min… o… Min. Okay ke tu?” Sekali lagi aku bertanya. Deru angin dari kipas jenam...

AMIN DAN KOPIAH MERAH

Image
  “Mil, ambik gambar kawe la. Kawe pakai kopiah baru malam ni.” Pinta Amin (bukan nama sebenar) sebaik sahaja tiba di gelanggang futsal. Malam ni kebetulan ada perlawanan persahabatan futsal antara pasukan sekolah dengan pasukan luar. “Smart Min kopiah demo. Di sekolah tadi kopiah bentuk sama, cuma warna hijau. Malam ni kopiah merah. Memang masuk dengan warna baju melayu demo Min.” Aku kagum dengan penampilan Amin sejak masuk bulan Oktober. “Aaaa… demo. Kawe ada belaka warna kopiah. Boleh masuk semua dengan warna baju kawe,” akui Amin. Kalau dulu, penampilannya bersongkok hitam dengan janggut lebat. Tiba Oktober, songkok telah ditukar kepada kopiah. Beraneka warna. Kalau sekali pandang, wajah Amin ada iras wajah Ebit Lew. Dua kali pandang, dah jadi Fatah Amin. “Min, duk tepi court sikit. Biar ada gaya coach. Coach pakai kain pelikat berbaju melayu!” Aku merakam gambar Amin. “Kacak Min. Nanti kawe masuk gambar demo dalam group. Boleh cikgu bujang tengok gambar demo sebelum tidur mal...

PEPINDAHAN CIKGU AISYAH

Image
“Terima kasih buat rakan guru yang tak jemu membantu sepanjang cikgu di sini. Rakan-rakan cikgu lah keluarga cikgu di Perak ini.” Ucap Cikgu Aisyah. Nadanya sungguh sayu dan hiba. Hari ini adalah hari terakhirnya di sekolah. Dia sendiri tidak menyangka, permohonannya untuk ke Terengganu sudah diterima. Dari 2020 dia di Perak, tanggal 27 September adalah hari terakhir dia berkhidmat di sini. “Cikgu masih ingat lagi, ketika cikgu sarat mengandung… pukul 3, 4 pagi cikgu sakit perut, sahabat di sekolah ini yang menghantar cikgu ke hospital. Ketika itu suami cikgu berjauhan.” Luah lagi Cikgu Aisyah. Suaminya yang berada di depan turut tertunduk hiba. Sepanjang dia ditugaskan di Perak, dia sudah berjauhan dengan suaminya. Suaminya seorang usahawan tanah di Terengganu, dia pula seorang pendidik di Perak. Ujian suami isteri yang duduk berjauhan. Hilang tempat untuk seorang isteri bergantung secara dekat. Cikgu Aisyah tahu, dia perlu kuat. Suaminya, Aziz juga tahu, dia perlu banyak bersabar. Ya...

VAN BURUK BERWARNA PUTIH

Image
  Ini kali pertama aku jumpa seorang cikgu yang begitu ikhlas nak tengok muridnya maju dalam sukan bola sepak. Dia juga begitu obses dengan kejurulatihan bola sepak dan futsal. Dia peminat tegar Pep Guardiola. Ya, Pep Guardiola yang marah dan menendang kerusi pada perlawanan menentang Arsenal minggu lepas bila Calafiori menjaringkan gol penyamaan 1-1. Dia juga tidak pernah mengalah dan merasa lemah walau berkali-kali dimarah oleh pentadbir berkenaan hal ehwal bola. “Wardi, budak kamu la ni cedera. Sakit. Dia kata cedera sebab main bola. Kamu kenapa tak bawa dia pergi klinik?! Kesian warden yang kena hantar ke klinik pula.” Ayat ini selalu singgah di telinga Wardi ketika dia santai meminum teh o dengan biskut Hup Seng di bilik guru. Inilah rencah dan cabaran yang selalu dia hadapi. Jadual latihan bola sepak dari hari Isnin hingga Khamis setiap minggu. Empat hari. Habis sekolah pukul 3.40 petang, disambung pula dengan latihan bola sepak sehingga jam 6.30 petang. Setiap Selasa dan Rab...

KEJOHANAN FUTSAL SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI PERAK 2024

Image
“Budak ni, kalau dia lemah dalam pelajaran, tak semestinya dia lemah benda lain. “Sekolah kita ni… pelajarnya bukan cerdas sangat otak. Mil, dalam 5 buah sekolah agama dalam daerah, sekolah kita yang paling corot. Dah tak ada pilihan lain baru mereka pilih sekolah kita. “Saya rasa, kalau budak tak boleh dalam pembelajaran, kita cuba ‘channel’ dia untuk berjaya dalam sukan atau kokurikulum,” ujar Wardi memulakan mukadimah. Di depannya ada secawan air suam dan teh o panas. Ini adalah minuman yang biasa dipesan kalau berada di kedai makan. Wardi adalah orang lama di sekolah. Hampir 20 tahun dia berkhidmat di sekolah ini. Kebetulan, ayahnya adalah antara orang penting yang mengasaskan sekolah ini. Dari Sekolah Agama Rakyat, sekarang ini sudah bertukar menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Aku sekadar mengangguk tanda bersetuju dengan pandangannya. Memang betul, tak bermakna jika seseorang lemah dalam pelajaran, bidang lain pun dia turut lemah. Kalau semua orang bijak pandai, nanti siapa ...

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2024

Image
“Demo nak tahu tak, hari ni kawe berebut pensel warna dengan anak kawe. Sebabnya kawe nak mari mewarna di sekolah hari ni.” Kata Amin dengan tangan kanannya mengangkat kotak pensel warna berjenama Stabilo. “Kawe rasa, demo boleh menang hari ni. Pengorbanan demo besar. Pengorbanan demo dan anak demo.” Zikri memberi semangat. Amin nampak berkobar-kobar. Sudah terbayang dia akan menaiki pentas untuk menerima hadiah. “Johan pertandingan mewarna bagi kategori guru, dimenangi oleh… Ustaz Amin!” Bergema dewan mengumumkan keputusan johan mewarna. Mungkin ini yang terbayang di benak fikiran Amin. Amin mula mewarna lakaran di atas kertas. Seorang yang berseni. Setiap kombinasi warna yang digunakan nampak sepadan. Dalam dirinya terpendam bakat sebagai seorang guru seni. Di sekolah, pagi ini adalah aktiviti pertandingan mewarna yang terbuka kepada guru dan murid bersempena bulan kemerdekaan. Walaupun sudah melepasi tarikh 31 Ogos, tetapi bulan kemerdekaan masih belum dirasmikan penutupannya. Tidak...

KURSUS DI TAIPING - PART 2

Image
Selesai sudah bengkel di Taiping minggu lalu. Selama 3 hari dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang berada di sebuah sekolah menengah di Taiping. Sekolah yang semuanya perempuan. Selama 3 hari pemerhatian, kesimpulannya sekolah yang pelajarnya perempuan ini tenang dan sunyi. Tidak ada riuk pikuk suara menjerit ataupun berteriak macam orang kena histeria. Teringat aku pada ayat Ustaz Sabri ketika mana kelas Bahasa Arab di sekolah dulu. “Ana mengajar di kubur ke ni?! Semua senyap. Haa?!” Nama popular Ustaz Sabri ketika itu adalah Ustaz Sob. Hampir setiap kali kelas Ustaz Sabri, pelajar akan berakhlak dengan akhlak yang paling mulia. Kepala kalau boleh hendak tunduk sampai melepasi paras meja. Risau jika mata bertentang mata dengan Ustaz Sabri. Jelingan dan pandangannya tajam dan tajamnya itu boleh menyiat-nyiatkan hati. Pedih tapi tiada kelihatan lukanya. Pernah satu kali, Ustaz Sabri mengarahkan supaya dibuat salinan set soalan yang salah dalam peperiksaan. 1 soalan yang salah, kena s...

KURSUS DI TAIPING - PART 1

Image
Kali ini bukan kali yang pertama. Mungkin kali keenam atau kali ketujuh sampai di Taiping. Terakhir sampai di Taiping, hujan mengiringi aku pulang yang ketika itu mengenderai motor. “Mil, kalau geng Harley Davidson, mereka tak pakai baju hujan kalau ride. Biar la hujan lebat tara mana pun.” Aku teringat kata-kata Seli, seorang rider Harley Davidson. Jadi, aku cuba berlagak dan membayangkan aku sedang menunggang Harley Davidson. Aku tinggalkan hujan di belakang. Jauh! Nampak di cermin pandang sisi, awan gelap yang sarat dengan air seolah-olah mengejar aku. Hari ini, aku sampai di Taiping lagi. Bukan lagi dengan motor. Tapi dengan motokar yang berbumbung. Keputusan aku tepat. Hujan turun sebaik sahaja aku memasuki daerah Taiping. Walaupun seminggu lepas, tular yang tasik di Taman Tasek dekat Taiping kering disebabkan lama tidak hujan. Hari ini, tasik yang kering itu sudah kembali dipenuhi air. Kuasa Allah. Dia sahaja yang boleh menentukan di mana hujan akan turun. Kali ini, 3 hari aku be...

CERITA KE ULU KENAS, KUALA KANGSAR

Image
“Esok jadi tu, kita pergi ride sarapan pagi.” Tegas Khairum. Mungkin dia risau aku terlupa. Sambil bertanya, tangan dia sibuk menekan papan kekunci komputer riba di mejanya. Badannya tegak, berkemeja dan lengkap bertali leher. Nampak sibuk, mungkin juga buat-buat sibuk. “Boleh Yum. Alang-alang sarapan, kita lajak la pergi jeram ke, sungai ke, kita bakar-bakar ayam. Ajak sekali Ustaz Mizwan, lama dah dia rancang nak bakar-bakar tepi sungai.” Jawab aku. Memang rancangan untuk BBQ tepi sungai ni cetusan oleh Ustaz Mizwan 2 tahun lepas. Khairum masih lagi leka dengan komputer ribanya. Tengah syok menaip, tiba-tiba dia menekan butang ‘backspace’ tanda ada perkataan yang tersalah taip. Wajahnya serius. “Ya… ya… Ustaz Mizwan lama dah nak pergi. Nanti kawe ajak. Kita nak pergi mana lepas sarapan?” Sambil menaip, sambil bercakap. Mungkin ini kelebihan yang ada dekat Khairum sehingga PK HEM sekolah selalu berurusan dengannya. “Kita pergi Ulu Kenas. Nak sarapan dekat Kuala Kangsar kan? Boleh la t...

GURU KANAN PEMBUAT GARISAN PADANG

Image
Di bawah terik panas matahari itu, ada satu sosok tubuh manusia gigih menolak kereta kecil berisi minyak hitam. Tubuhnya sedikit bongkok disebabkan pemegang kereta penolak minyak itu kecil. Keringatnya yang terbit di dahi berjujuran jatuh. Jam menunjukkan pukul 11 pagi. Walaupun pagi, hangatnya sudah terasa. Bahangnya menerpa ke wajah. “Mil, mari la tolong buat sekali.” Pinta Azu. Dari sesosok, sudah menjadi dua sosok. Kemudian, menjadi 4 sosok bila 2 orang pekerja pembersihan turut datang membantu. “Mu tahu tak? Budak nak lari esok, tapi line padang tak ada lagi.” Tanya Azu. “Tahu Zu. Tapi siapa sebenarnya bahagian buat line padang ni? Mu ke?” Tanya aku. “Orang lain. Tapi SU Kokurikulum minta tolong aku untuk buat line padang.” Jawab Azu. “Boleh ke GK yang buat? Takkan GK yang turun padang buat line? Panas pula ni. Nanti hangus.” Soalan yang sengaja ditanya untuk menghangatkan suhu badan Azu. GK adalah singkatan kepada Guru Kanan. Guru Kanan pula adalah jawatan terbesar yang ada selep...