Skip to main content

PEPINDAHAN CIKGU AISYAH



“Terima kasih buat rakan guru yang tak jemu membantu sepanjang cikgu di sini. Rakan-rakan cikgu lah keluarga cikgu di Perak ini.” Ucap Cikgu Aisyah. Nadanya sungguh sayu dan hiba.
Hari ini adalah hari terakhirnya di sekolah. Dia sendiri tidak menyangka, permohonannya untuk ke Terengganu sudah diterima. Dari 2020 dia di Perak, tanggal 27 September adalah hari terakhir dia berkhidmat di sini.
“Cikgu masih ingat lagi, ketika cikgu sarat mengandung… pukul 3, 4 pagi cikgu sakit perut, sahabat di sekolah ini yang menghantar cikgu ke hospital. Ketika itu suami cikgu berjauhan.” Luah lagi Cikgu Aisyah. Suaminya yang berada di depan turut tertunduk hiba.
Sepanjang dia ditugaskan di Perak, dia sudah berjauhan dengan suaminya. Suaminya seorang usahawan tanah di Terengganu, dia pula seorang pendidik di Perak. Ujian suami isteri yang duduk berjauhan. Hilang tempat untuk seorang isteri bergantung secara dekat. Cikgu Aisyah tahu, dia perlu kuat. Suaminya, Aziz juga tahu, dia perlu banyak bersabar.
Ya, Aziz perlu banyak bersabar.
“Cikgu juga masih ingat, ketika cikgu ditimpa kemalangan jalan raya, sahabat di sekolah ini juga yang mula-mula sampai dan menghantar cikgu ke hospital. Semua itu cikgu lalui tanpa adanya suami di samping cikgu. Hanya rakan-rakan di sini penguat semangat cikgu.” Sungguh cekal dan tabah Cikgu Aisyah.
“Buat rakan-rakan guru, terima kasih. Kalian tahu siapa kalian yang cikgu maksudkan.”
Selamat maju jaya buat Cikgu Aisyah di tempat yang baharu.
Buat Aziz, jika sebelum ini kena banyak bersabar, maka kali ini kena banyakkan juga sabar. Perbanyakkan lagi sabar.
“Ziz, kalau dah duduk dekat ni, telinga kena banyak sabar Ziz,” pesan aku pada Aziz.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.