Skip to main content

DERITA ORANG TIDAK SAMA

 

Cuaca hari ini sekejap panas sekejap mendung. Hingga ke petang baru nampak awan gelap bergulung memenuhi langit di Kg. Kelimat. Angin mula bertiup laju menerbangkan daun-daun kering. Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang sebaik saja mesyuarat Jawatankuasa Induk Kejohanan Futsal Negeri Perak berakhir.
“Mil, nak minta tolong demo hantar kawe ke Dato Sagor kejap lagi,” pinta Zikri (bukan nama sebenar). Dato Sagor adalah nama sebuah kampung. Selang beberapa kampung dari Kampung Kelimat.
“Boleh Yi. Ada kerja apa dekat Dato Sagor?” Tanya aku. Dato Sagor adalah sebuah kampung yang jauh ke dalam. Jalan menujunya dikelilingi oleh pohon-pohon sawit. Jika malam, jalannya sungguh gelap dan jarang sekali ada kenderaan yang lalu-lalang.
“Kawe nak ambil motor yang kawe baiki haritu. Dah siap. Kena pergi ambil hari ini,” jawab Zikri.
Motor Zikri memang sudah berbulan rosak. Sepanjang motornya rosak, dia cuma menumpang kereta cikgu-cikgu lain untuk pergi ke sekolah. Rumahnya memang dekat dengan jalan dan setiap pagi Zikri akan terpacak berdiri menunggu kereta cikgu yang melalui jalan di hadapannya.
Biasanya, dia akan menumpang kereta Amin. Kalau Amin lewat, dia akan menaiki kereta Ustaz Mizwan. Walaupun ada cikgu-cikgu muda yang bujang melalui jalan itu, dia sesekali tidak akan menumpang naik sekali.
“Kawe takut jadi fitnah!”
Tabah dan sabar Zikri mengharungi liku-liku kehidupan. Bukan dia tidak punya kereta, tapi keretanya didahulukan buat isterinya pergi kerja di Kuala Kangsar. Dia bukan seorang suami yang dihadiahi isterinya sebuah Range Rover. Dia percaya, bukan lagi rezekinya.
“Yi, hantar demo dengan motor tak apa ke?” Tanya aku.
“Tak apa. Tapi kesian demo la kalau hujan,” jawab Zikri.
“Kawe tak apa Yi. Kalau hujan kita dua-dua basah.” Memang jalan masuk ke Kg. Dato Sagor kecil dan sempit. Naik motor adalah lebih praktikal dan tidak menyusahkan.
Zikri membayar RM 20 untuk kos membaiki motornya. Motor Modenas Kriss berwarna biru sudah bernafas kembali. Kalau dulu, ‘kick starter’ motornya patah berkecai dan menyebabkan motornya tersadai berbulan-bulan. Dulu, mungkin kudratnya Zikri terlebih ketika menujah kaki untuk menghidupkan motor.
‘Vroomm… vroomm…,’ bunyi motor Zikri meraung gembira.
“Baru sedap sikit motor kawe,” ujar Zikri tersenyum. Dia sudah siap dengan topi keledar untuk pulang ke rumah.
“Yi, demo duduk di depan. Kawe ikut demo. Kawe takut motor demo rosak pula,” cadang aku kepada Zikri.
“Beres!” Sepatah Zikri menjawab. Nampak sudah tidak sabar untuk menguji pandu motornya.
Tika di belakang Zikri, fikiran aku berpusing.
Rezeki orang tidak sama. Walaupun seorang pegawai, belum tentu berduit untuk membaiki sebuah motor. Lain orang lain tanggungjawab. Mungkin ada keperluan lain yang perlu didahulukan.
Bersyukurlah. Tak semua dapat isteri yang hadiahkan suaminya Range Rover. Lelaki, tanggungjawab.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.