Skip to main content

PJJ : ANAK KEDUA PART 2


Aku putuskan untuk melalui LPT dan susur keluar di Gambang. Laluan ini paling cepat mengikut perkiraan Google Maps biarpun kilometer sedikit jauh. Target aku, sampai di Muadzam Shah, ambil isteri dan anak, terus gerak ke Kelantan. Kalau boleh biar bersalin di Kelantan.

Bukan nak kejar supaya nombor kad pengenalan anak 03 tapi lebih memikirkan pengurusan selepas isteri bersalin. Andai bersalin dekat Muadzam Shah, akan menjadi rumit pengurusannya. Terkontang-kanting-seorang diri mengurus anak. Lagi nak mengurus dirinya sendiri.

Cuaca panas terik. Jalan pada hari itu sangat lengang. Aku banyak berada di lorong paling kanan. Kadang-kadang kaki kanan tidak sedar memijak pedal minyak sehingga meter menunjukkan 150km/h. Terus saja aku memperlahankan kenderaan.

“Laju-laju nak pergi mana? Lubang kubur ke?” Terngiang ayat ini di hujung telinga aku. Entah siapa yang membisikkan. Mata aku melirikkan ke arah cermin pandang belakang. Sepi.

Aku cuma gelengkan kepala sebagai isyarat jawapan kepada soalan tadi.

Mata sudah layu dan aku mengambil keputusan untuk berhenti di RnR Gambang. Berhenti seketika untuk solat dan juga mengisi perut. Yang penting, buang sisa kumbahan dari tangki kecil yang ada dalam badan. Lega. Tandas RnR Gambang memang terbaik. Luas, bersih dan selesa.

Jam 5 petang, aku sampai di hadapan rumah sewa isteri. Rumah teres setingkat. Kereta diparkir secara mengundur. Barang-barang kelengkapan semua isteri dah siapkan dan berada di hadapan pintu utama rumah. Enjin kereta tidak dimatikan. Semua barang aku angkut dan letak dalam bonet belakang. Yang paling banyak adalah mainan Hatim!

Pukul 5.15 petang, aku dan isteri bergerak untuk mengambil Hatim di tadika. Di celahan pagar tadika, aku nampak Hatim sedikit keliru bila matanya ternampak aku. Seolah tergamam.

“Abah! Abah!” Suara Hatim menjerit keriangan. Mungkin dia baru dapat membuat pengecaman wajah bahawa yang dalam kereta itu adalah abahnya. Kakinya tergedik-gedik hendak keluar pagar tadika secepat mungkin.

Sempat isteri maklumkan kepada cikgu tadika yang nanti Hatim hampir 3 bulan tak hadir ke tadika kerana pulang ke kampung.

5.30 petang, kami bertolak dari Muadzam Shah.

“Boleh lagi tak ni? Ada sakit perut tak?” Tanya aku pada isteri untuk kepastian buat terakhir kalinya. Ini satu risiko. Tak sempat sampai Kelantan, kemungkinan isteri akan beranak dalam perjalanan. Beranak dalam kereta!

“Boleh lagi. Sakit juga perut. Tapi sakit sekejap-sekejap ja,” jawab isteri.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.