Skip to main content

KURSUS DI TAIPING - PART 1


Kali ini bukan kali yang pertama. Mungkin kali keenam atau kali ketujuh sampai di Taiping. Terakhir sampai di Taiping, hujan mengiringi aku pulang yang ketika itu mengenderai motor.

“Mil, kalau geng Harley Davidson, mereka tak pakai baju hujan kalau ride. Biar la hujan lebat tara mana pun.” Aku teringat kata-kata Seli, seorang rider Harley Davidson.

Jadi, aku cuba berlagak dan membayangkan aku sedang menunggang Harley Davidson. Aku tinggalkan hujan di belakang. Jauh! Nampak di cermin pandang sisi, awan gelap yang sarat dengan air seolah-olah mengejar aku.

Hari ini, aku sampai di Taiping lagi. Bukan lagi dengan motor. Tapi dengan motokar yang berbumbung. Keputusan aku tepat. Hujan turun sebaik sahaja aku memasuki daerah Taiping.

Walaupun seminggu lepas, tular yang tasik di Taman Tasek dekat Taiping kering disebabkan lama tidak hujan. Hari ini, tasik yang kering itu sudah kembali dipenuhi air. Kuasa Allah. Dia sahaja yang boleh menentukan di mana hujan akan turun.

Kali ini, 3 hari aku berada di Taiping atas urusan kerja. Berbengkel di sebuah sekolah yang mana semua pelajarnya adalah perempuan bertudung labuh. Suratan dan takdir, di sini juga tempat seorang kawan bekerja. Namanya Syahir. Seorang lelaki yang tinggi dan juga tampan.

“Hir, aku sampai dah ni. Mana mu?” Tanya aku melalui panggilan telefon.

“Ada ni. Dekat pintu pagar. Naik kereta apa?” Tanya Syahir.

“Kereta warna silver.” Jawab aku sambil keluar dari kereta. Sebaik keluar, aku nampak Syahir sudah berjalan ke arah aku. Seulas senyuman terserlah di kedua bibirnya. Mungkin dari tadi dia menunggu ketibaan aku.

Aku dan dia bertukar pelukan. Gaya macam sudah lama tidak bertemu. Kali terakhir bertemu adalah di Restoran Hadramawt di Taiping. Sepinggan nasi arab mandy menjadi saksi.

Syahir siap menghantar aku ke dewan untuk bengkel.

“Mil, nanti siap, bagitahu. Kita pergi makan. Jangan terus balik pula!” Pesan Syahir sebelum meninggalkan aku di depan pintu dewan.

Bengkel hari pertama selesai. Jam menunjukkan pukul 4.30 petang.

“Makan mamak boleh?” Tanya Syahir.

“Boleh. Mana-mana boleh. Ni tempat Hir.” Jawab aku.

Syahir parkir di Restoran Nasi Kandar Beratur 786. Satu ketika dahulu, aku pernah sampai restoran ini dengan Muz ketika mula-mula lapor diri bekerja di Sg. Siput.

“Mil, nama nasi kandar beratur, tapi kenapa tak ada orang beratur pun?” Ayat Muz ini masih lagi aku ingat. Restoran dia bersih, kemas dan moden.

“Hir order la sama macam Hir.” Aku memberitahu Syahir.

Syahir memesan nasi kuah campur dengan lauk ayam goreng dan juga telur masin. Rasanya okay, memang rasa nasi kandar.

“Mil, malam ni tidur rumah Hir.” Esok tak payah dah nak datang dari Sg. Siput ke Taiping. Jauh tu.” Ujar Syahir. Percakapannya lembut. Sekali-sekala dia akan menggunakan nama sebagai kata ganti nama.

“Eh… jangan Hir. Tak bawa apa pun ni.” Jawab aku. Memang aku sehelai sepinggang. Tidak bawa apa-apa kelengkapan untuk bermalam.

“Kalau Mil nak saing lama dengan Hir, Mil kena tidur rumah Hir!” Syahir memberi kata dua.

Ah… sudah! Nak gaduh ke apa ni.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.