AMIN DAN KOPIAH MERAH

 


“Mil, ambik gambar kawe la. Kawe pakai kopiah baru malam ni.” Pinta Amin (bukan nama sebenar) sebaik sahaja tiba di gelanggang futsal.
Malam ni kebetulan ada perlawanan persahabatan futsal antara pasukan sekolah dengan pasukan luar.
“Smart Min kopiah demo. Di sekolah tadi kopiah bentuk sama, cuma warna hijau. Malam ni kopiah merah. Memang masuk dengan warna baju melayu demo Min.” Aku kagum dengan penampilan Amin sejak masuk bulan Oktober.
“Aaaa… demo. Kawe ada belaka warna kopiah. Boleh masuk semua dengan warna baju kawe,” akui Amin. Kalau dulu, penampilannya bersongkok hitam dengan janggut lebat. Tiba Oktober, songkok telah ditukar kepada kopiah. Beraneka warna.
Kalau sekali pandang, wajah Amin ada iras wajah Ebit Lew. Dua kali pandang, dah jadi Fatah Amin.
“Min, duk tepi court sikit. Biar ada gaya coach. Coach pakai kain pelikat berbaju melayu!” Aku merakam gambar Amin.
“Kacak Min. Nanti kawe masuk gambar demo dalam group. Boleh cikgu bujang tengok gambar demo sebelum tidur malam ni. Apa kurang demo dengan Fatah Amin.”

Comments

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK

Selamat Tahun Baru 2014

hukum main mercun