Menyorok di Siang Hari
2015. Selangkah manusia terjun ke arus kemajuan. Mengalir laju dalam sungai kemodenan. Sedangkan bumi yang semakin tua sudah semakin penat dengan kerenah dan tangan - tangan jahat yang merosakkan keindahan bumi itu sendiri. Tenat. Semakin maju ketamadunan manusia itu, semakin rendah nilai moral. Teori yang boleh dipakai? Tak boleh? Sekarang adalah zaman yang semakin sukar dan mencabar untuk menyembunyikan perbuatan ikhlas. Ibarat menyorok di waktu siang. Menyorok di waktu siang? Ya, menyorok di waktu siang. Peluang untuk ikhlas kerana Tuhan itu amat tipis sekali. Takkan korang tak pernah main menyorok - nyorok masa waktu kecil dulu. Tak pernah? Opsss.. lupa. Orang dah tak main benda tu. Sekarang ni budak - budak pegang tab sambil main Clash of Clans je. Kalau korang pernah main, korang boleh faham la kenapa aku cakap macam tu. Senang je nak jumpa orang menyorok di waktu siang kalau nak berbanding dengan waktu malam. Apa kaitannya ikhlas dengan menyorok di waktu siang? Mak...