Selang dua tiga selang, kita sudah berada di bulan Rabi'ul Awal iaitu bulan yang mana ada sejarahnya dalam lipatan perjalanan agama Islam. Semua penganut agama Islam harus tahu yang bulan Rabi'ul Awal adalah bulan yang mana lahirnya seorang manusia sebagai penutup segala Nabi yang menjadi utusan Allah sejak penurunan Adam a.s ke muka bumi. Nabi Muhammad bin Abdullah s.a.w. Selawat dan salam ke atas baginda.
Aku pelik. Sangat pelik. Ramai orang yang menyanjung, mengakui yang mereka menyayangi Nabi s.a.w, meraikan dengan pelbagai cara sempena kelahiran junjungan Nabi s.a.w. Mereka mendakwa mereka sayang kepada Rasulullah, tapi kelakuan mereka seolah - olah mengundang murka Muhammad s.a.w itu sendiri. Oh, aku kelu. Kala ramai manusia yang tersepit dengan kehidupan dunia dek bencana bah yang menimpa di beberapa buah negeri, masih ada yang sanggup menganjurkan program atas nama agama, atas nama baginda Muhammad s.a.w.
Tidak aku tentangnya habis - habisan. Tidak aku katakan yang aku berkira dengan agama. Tidak aku katakan yang anjuran itu adalah salah. Jelasnya, tidak aku bangkangnya secara bulat - bulat. Cuba fikir dengan logik akal, nilai dengan fitrah hati yang murni, tergamakkah kita menghabiskan wang ringgit semata - mata untuk program yang secara jelas bukan suruhan Nabi s.a.w mahupun perbuatan para sahabat sedangkan saudara kita masih ramai yang tiada atap untuk berteduh, tiada lantai untuk berlapik serta kekurangan makanan untuk meraih kudrat harian? Tergamak kah? Pendapat masing - masing. Masing - masing punya hujah lerr. Hehe
Hadam tak apa yang diatas? Tak hadam? Lantak lah. Haha. Okay dah tu tiga perenggan. Untuk pengetahuan tambahan, para alim ulama masih lagi tiada kata sepakat ataupun ijma' dalam bahasa arabnya tentang tarikh yang sebetulnya kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Apa yang jelas dan pasti adalah lahirnya Nabi Muhammad s.a.w ke dunia ini adalah pada bulan Rabi'ul Awal di Tahun Gajah. Tahu ke kenapa dipanggil dengan tahun gajah? Tahun sebelum atau selepas tu tak ada pula dengar tahun singa ke, tahun harimau, ataupun tahun naga macam kalendar orang Cina kan?
**Tahun Gajah adalah sempena tentera Abrahah yang menyerang Kaabah di Mekah dengan tentera bergajah. Ada dirakam dalam Surah Al-Fiil.
**Sama - sama banyakkan selawat ke atas baginda s.a.w. Allahum Solli 'Ala Sayyidina Muhammad, Wa'ala Aaali Sayyidina Muhammad.
nabi junjungan umat islam.. sentiasa berselawat ke atas nabi.. lama xsinggah sini. sihat?
ReplyDelete