Skip to main content

Cerita di Bulan Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W

Selang dua tiga selang, kita sudah berada di bulan Rabi'ul Awal iaitu bulan yang mana ada sejarahnya dalam lipatan perjalanan agama Islam. Semua penganut agama Islam harus tahu yang bulan Rabi'ul Awal adalah bulan yang mana lahirnya seorang manusia sebagai penutup segala Nabi yang menjadi utusan Allah sejak penurunan Adam a.s ke muka bumi. Nabi Muhammad bin Abdullah s.a.w. Selawat dan salam ke atas baginda.

Aku pelik. Sangat pelik. Ramai orang yang menyanjung, mengakui yang mereka menyayangi Nabi s.a.w, meraikan dengan pelbagai cara sempena kelahiran junjungan Nabi s.a.w. Mereka mendakwa mereka sayang kepada Rasulullah, tapi kelakuan mereka seolah - olah mengundang murka Muhammad s.a.w itu sendiri. Oh, aku kelu. Kala ramai manusia yang tersepit dengan kehidupan dunia dek bencana bah yang menimpa di beberapa buah negeri, masih ada yang sanggup menganjurkan program atas nama agama, atas nama baginda Muhammad s.a.w.

Tidak aku tentangnya habis - habisan. Tidak aku katakan yang aku berkira dengan agama. Tidak aku katakan yang anjuran itu adalah salah. Jelasnya, tidak aku bangkangnya secara bulat - bulat. Cuba fikir dengan logik akal, nilai dengan fitrah hati yang murni, tergamakkah kita menghabiskan wang ringgit semata - mata untuk program yang secara jelas bukan suruhan Nabi s.a.w mahupun perbuatan para sahabat sedangkan saudara kita masih ramai yang tiada atap untuk berteduh, tiada lantai untuk berlapik serta kekurangan makanan untuk meraih kudrat harian? Tergamak kah? Pendapat masing -  masing. Masing - masing punya hujah lerr. Hehe

Hadam tak apa yang diatas? Tak hadam? Lantak lah. Haha. Okay dah tu tiga perenggan. Untuk pengetahuan tambahan, para alim ulama masih lagi tiada  kata sepakat ataupun ijma' dalam bahasa arabnya tentang tarikh yang sebetulnya kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Apa yang jelas dan pasti adalah lahirnya Nabi Muhammad s.a.w ke dunia ini adalah pada bulan Rabi'ul Awal di Tahun Gajah. Tahu ke kenapa dipanggil dengan tahun gajah? Tahun sebelum atau selepas tu tak ada pula dengar tahun singa ke, tahun harimau, ataupun tahun naga macam kalendar orang Cina kan?

**Tahun Gajah adalah sempena tentera Abrahah yang menyerang Kaabah di Mekah dengan tentera bergajah. Ada dirakam dalam Surah Al-Fiil. 

**Sama - sama banyakkan selawat ke atas baginda s.a.w. Allahum Solli 'Ala Sayyidina Muhammad, Wa'ala Aaali Sayyidina Muhammad. 

Comments

  1. nabi junjungan umat islam.. sentiasa berselawat ke atas nabi.. lama xsinggah sini. sihat?

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci