Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

REVIEW BUKU : BUMI MANUSIA KARYA PRAMOEDYA ANANTA TOER

kulit buku pun dah klasik Bagi yang sudah habis baca segala kitab agama dan buku-buku yang berada di rak buku di ruang tamu rumah tu, boleh cuba tengok atau cuba baca buku karya Pramoedya Ananta Toer ni yang berjudul Bumi Manusia. Watak utamanya bernama Minke, lelaki jawa yang sudah jatuh cinta pada Annelies yang merupakan anak kepada gundik Nyai Ontosoroh, gundik milik Tuan Mellerma yang berbangsa Belanda. Orang kata gundik ini sekadar untuk bersedap-sedap tanpa melalui jalan perkahwinan yang sah. Macam perempuan simpanan gitu. Minke ini pula adalah lelaki jawa tulen yang berketurunan darah pembesar. Cerita ini tak sama dengan cerita Laksamana Sunan ataupun Tombiruo karya Ramlee Awang Mursyid. Cerita ini berlaku ketika zaman Belanda menjajah Indonesia. Kalau sesiapa yang gagal mata pelajaran sejarah, mungkin berada dalam keadaan samar-samar. Tertanya-tanya siapa itu Belanda, apa itu Indonesia. Kalau peminat Arsenal, mereka cuma tahu yang Belanda itu adalah Dennis Bergkamp, t...

JOM INFAQ UNTUK PEMBELIAN TANAH MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-ASRIAH

Sekolah ni tak femes pun sebenarnya, tapi ramai yang tak tahu sebenarnya sekolah ini adalah cawangan kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong. Dan aku merupakan salah seorang pekerja di sana buat masa ini. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2006 disebabkan terlalu ramai permintaan dari dalam dan luar negara yang ingin menjadi pelajar di MTAQ PC. Jadi, dinamakan sekolah ini dengan nama MTAQ BC atau nama rasminya Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, beralamat di Banggol Chicha (BC) Pasir Mas. Nanti kalau permohonan tingkatan satu dah berjaya, ada yang akan ke PC dan ada yang akan ke BC. Jadi, bermulalah perjalanan “Road to Al-Hafiz” mereka seawal tingkatan 1 yang mana sistem pembelajaran yang sama digunakan sama ada di PC atau di BC. Dulu-dulu, pelajar dekat BC ini cuma setakat tingkatan 4. Bila masuk tingkatan 5, mereka punya pas khusus untuk sambung di PC. Ramai antara mereka yang bila dah masuk menjadi pelajar PC, mereka tak mengaku dah mereka ini dulu pel...

REVIEW : NASI ARAB MANDY HAJI CHEF FAIZ TERBAIK!

Bagi penggemar Nasi Arab Mandy yang berada di Kelantan, aku cadangkan untuk cuba Nasi Arab Mandy Chef Faiz. Nasi arab dia ni betul-betul sedap dan hampir-hampir nak sama rasanya dengan Nasi Arab yang aku selalu makan semasa belajar di Madinah dulu. Nasi Arab beliau ni, jika dimakan begitu sahaja pun sudah sedap sebenarnya. Tapi, nak rasa yang lebih sedap, boleh request lauk ayam dan kambing. Kalau special lagi, boleh minta lauk arnab. Tapi kalau tak makan daging haiwan darat, boleh request dengan taukey dia nak daging haiwan laut. Dia boleh buat lauk ikan tilapia, ikan merah, ikan keli dan lain-lain ikan yang ada stok dengan beliau. Nasi Arab Mandy dengan Lauk Arnab. Paduuuuu.. Aku cuba lauk arnab haritu memang betul-betul padu. Makan sehingga lupa dunia. Tapi awas!! Arnab tu kalau sekali tengok memang bentuknya macam kucing parsi. Haha. Bau nasi dia sungguh mengasyikkan. Aromanya menusuk hidung, menyebabkan semakin bertamboh selera ketika makan. Kalau nak lagi sedap, semasa makan tu k...

PKPB DILANJUTKAN SEHINGGA 9 JUN 2020

PKPB DILANJUTKAN SEHINGGA 9 JUN 2020 Hari ini PM Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah berucap untuk seluruh penduduk Malayia dan sebenarnya ucapan ini adalah ucapan yang dinanti-nantikan memandangkan perintah PKPB yang bermula 4 Mei lepas akan tamat pada 12 Mei ini (lusa). Jadi, sekiranya tidak ada apa-apa pengumuman dari kerajaan, ini bermakna PKPB tersebut akan berakhir dan tidak ada lagi sekatan dan peraturan-peraturan baharu berkenaan dengan kawalan penyakit berjangkit yang akan diaplikasikan. Oh ye apa itu PKPB? PKPB tu adalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Rakyat Malaysia mungkin sudah cemuh denga perkataan ini. Awalnya dikenali dengan PKP, lepas tu ada PKBD lepas tu sekarang ni PKPB dan sehingga ada yang melawak lepas ni jadilah PKPK Sendiri; PKPC, PKPD.... Hahaha.  BONUS HARI RAYA AIDILFITRI PENJAWAT AWAM 2020 Apa yang aku jangkakan adalah pengumuman Bonus Hari Raya Aidilfitri 2020 kepada penjawat awam. Tetapi ternyata sangkaan aku meleset sekali. Tidak ada langs...

TIPS HAFALAN AL-QURAN SUPAYA LANCAR

Sepanjang tempoh PKP ni, dan sekarang ini PKPB yang berlangsung sehingga 12 Mei, sepanjang hari aku menjalankan kelas online untuk subjek Hifz Al-Quran. Arahan majikan supaya setiap guru al-Quran melaksanakan kelas secara online. Jadi, untuk menunjukkan betapa tingginya komitmen dan betapa taatnya aku kepada majikan, bermula 2 April, kelas aku berlangsung tanpa ada cuti. Bagus kan? Hahaha.  Dari situ, aku boleh lihat pelajar aku semakin susah untuk menghafal.

AYAM PERCIK KELANTAN TERBAIK!

Baru-baru ni nampak sorang brader ni duk update status ayam percik hasil air tangan sendiri yang padu. Ayam percik yang kaw dan rasanya yang sangat kick. Siap cakap aroma ayam yang diperap rempah ratus, bila dibakar dengan arang akan menerjah hidung ketika mencobek isi ayam untuk santapan. Hmm. Aku fikir marketing je tu. Ayam percik rasanya sama je. Rasa ayam la. Takkan rasa daging wagyu pulak. Pandai la tu nak umpan orang yang tengah lapar berpuasa. Lepas tu, keesokannya naik pula status brader ni. Kali ni siap dengan testimoni customer. Ada customer cakap ayam percik yang dia beli dari brader ni memang yang terbaik pernah dia try. Dia siap cakap lagi, jarang dia puji masakan orang lain selain masakan bini dia melainkan masakan tu betul-betul sedap. Hmmm. Brader ni upah dia untuk bagi testimoni positif kot? Lagi lepas tu ada lagi customer yang cakap ayam percik brader ni sangat besar bahagiannya. Sampai tambah nasi 2 kali pun ayam tak habis-habis lagi. Sedap, jimat, untu...