BlackBerry 10
Budak gadget kecoh dengan keluaran produk baru BlackBerry 10 yang nampak ada kelainan berbanding peranti BB sebelum ni. Budak gadget yang anti BB terus je cakap, "Blackberak dah keluar yang baru la, funtion sama je tu..BB Messenger. Budak - budak minat bola kecoh dengan big match malam ni, Barca vs Real Madrid dan Arsenal v Liverpool. Semuanya ada peminat masing - masing. Memang begitu fitrahnya bukan.? Setiap kita ada minat dan dalam ramai - ramai manusia kat bumi ni, tak pernah ada sepakat semuanya kaum ini untuk minat pada sesuatu benda je. Contoh, pernah ke dengar yang semua manusia dari seluruh benua ni sepakat menyokong pasukan Man Utd.? Pernah..? Tak pernah. Mesti ada je hater Man Utd. Tak tahu pun apa salah Man Utd tiba - tiba ada haters. Haha. Hatta benda - benda yang nampak jijik pun ada yang minat lagi. Bukan jijik sikit, memang jijik sejijiknya, contohnya najis. Tapi ada je puak - puak sana yang siap buat program Fear Factor lagi untuk makan benda jijik ni. T...