SAMPAI BILA HARUS BEGINI?
Bila tibanya sem baru ni acap kali juga aku dengar cakap-cakap orang di sekeliling aku, "sem ni kena belajar baik - baik ". " Sem ni kena study awal, nanti nak exam tak kalut." " Sem ni tak boleh banyak main, nanti masa exam jadi blur.", dan pelbagai lagi ayat yang sama maksudnya..iaitu untuk study dengan baik, tak nak main - main lagi, nak study awal - awal bukannya di saat akhir.
Aku bila dengar orang cakap macam tu, laju je aku menyampuk.. " Eh, okay...sem ni kita belajar baik - baik.. tapi esok tidur dulu, awal lagi.." pastu sama - samalah gelak berdekah - dekah. Bukan apa, orang yang kata mahupun orang yang menyampuk tu tahu sangat macam mana bila dengar ayat tu. Mulut dan hati tu nak sangat study awal, study baik - baik tapi.. nak buat tu berat semacam.
Andai kata malam ni kata macam tu, esok pagi mesti lupa. Kadang - kadang ada yang tertidur sampai ada missed class untuk yang awal pagi. Tak salah nak berazam macam tu, lagi bagus daripada langsung tak ada azam untuk belajar dengan baik . Kadang - kadang tu kita lupa dengan sibuknya kita dengan benda di sekeliling kita. Internet terutamanya. Di sinilah perlunya teguran agar kita selalu ingat apa yang kita azam tu. Sampai bila kita harus begini? Sentiasa di takuk lama.
Lagi satu adalah dengan kita berfikiran jauh. Sampai bila kita perlu belajar? Ada pun exam, kita jadikan ianya sebagai pembakar semangat dan juga sebagai kayu ukuran untuk mengukur sejauh mana usaha kita. Sedangkan tujuan kita yang utama adalah untuk mendapat manfaat daripada ilmu itu. Sungguh, jika belajar kerana exam semata - mata, pengetahuan mahupun ilmu kita makin kurang dan kurang selepas exam. Sebab apa? Fikirlah sendiri. Tengok gambar kat bawah faham kot.
![]() |
Idea menarik dalam gambar tu.
ReplyDeleteakk pun dah jd student balik ni kena laju sikit.btw , nice entry ubi badok..hihihi..
ReplyDeletebetul tu...after exam mesti knowledge menurun...-.-"
ReplyDeletemungkin tak perlu ada exam. #EHH hhahahahaha
ReplyDeletekadang2 aku pon berusaha bagai nak rak utk exam je. lepas exam, hmmm.
ReplyDeletebetul! aq setuju ngn gambar tu..
ReplyDeletesaya tinggal 2 semesters je lagi. tapi sekarang tgh practical, so left with only one semester untuk belajar. sesungguhnya azam untuk belajar awal tu tak pernah lagi terlaksana. tension tension.
ReplyDelete