Posts

Showing posts with the label Hatim

HATIM NAK KAWAN ABAH!

Image
Jika minggu lepas aku bawa Hatim pergi berjalan-jalan ke Zoo Melaka, tapi minggu ini Muadzam Shah sepi tanpa aku. Perancangan untuk balik setiap minggu bagi memberi masa aku untuk bersama dengan Hatim terbantut di pertengahan jalan. “Mil, demo balik ke minggu ni?” Tanya Amin, rakan sejawat aku di tempat kerja. “Ikut perancangan tu… balik Min minggu ni. Tiap-tiap minggu balik. Kenapa tu Min?” Jawab aku dengan diikuti satu pertanyaan. “Ingat kawe nak letak demo sebagai panel penemuduga bagi ujian kemasukan tingkatan 1 sekolah hari Sabtu ni.” Jelas Amin tanpa berselindung. “Emmm… kalau tak ada orang dah, kawe boleh je Min.” Jawab aku. Bila orang minta tolong ni, aku juga jadi serba-salah. Untuk tahun ini, Amin nampaknya menggalas tanggungjawab untuk mengurus ujian kemasukan pelajar tingkatan 1. Jika aku tak memudahkan urusannya, lain hari mungkin aku pula yang kena galas tanggungjawab dan memerlukan pertolongan Amin pula. “Lepas tu, demo okay ke kalau tak balik? Kawe tak ada orang sungguh...

HATIM DAN ZOO MELAKA - PART 2

Image
Perjalanan dari Muadzam Shah ke Melaka memakan masa 2 jam setengah. Tidak lama berbanding perjalanan aku datang ke Muadzam Shah. Dari Muadzam Shah, aku masuk ke jalan Keratong, kemudian belok kiri ke arah Felda Palong. Kemudian masuk ke Selandar dan tidak lama selepas itu, sampai di Zoo Melaka. Sepanjang perjalanan, cuma banyak disajikan dengan pemandangan pokok-pokok sawit dan getah. Jalan pada hari itu lengang dan tidak sibuk dengan kereta atau lori. Mungkin hari minggu tambah pula dengan jalan kebun kelapa sawit.  Hatim seperti biasa. Tidak boleh duduk diam di tempatnya. Kejap bangun ke belakang, kejap bangun ke depan, kejap duduk di arm rest. “Abah, lambat lagi ke?” Sesekali dia bertanya. “Lambat lagi. Jauh ni.” Aku menjawab. “Jauhnya zoo…” dia pula yang mengiyakan. Tempat duduk depan berselerak dengan mainan lego yang dibawanya. Ada bermacam warna. Biru, putih, hijau, oren dan merah. Sebelum naik kereta, beriya dia angkut lego dia masuk ke dalam kereta. “Abah, tolong Hatim let...

HATIM DAN ZOO MELAKA - PART 1

Image
“Abah, Hatim nak pergi zoo.” Pinta Hatim ketika dia sedang berpanggilan video dengan aku.  Entah bagaimana terdetik dia nak pergi zoo. Hari itu baru hari Isnin. Ada beberapa hari lagi untuk sampai ke hari Jumaat.  “Hatim nak buat apa kat zoo?” Tanya aku. Soalan sekadar nak memanjangkan perbualan dengan Hatim. Jika ditanya pada yang dewasa, silap-silap jawapannya dapat siku. “Nak tengok haiwan la.” Jawab Hatim dengan gaya mendepa kedua belah tangannya. Bola matanya pula diangkat ke atas. Leher pula disengetkan sedikit ke kiri. Makin besar, makin banyak tingkah laku dan ayat baharu yang ditunjuk oleh Hatim. “Sayang, jom pergi zoo. Zoo dekat Melaka.” Ajak aku pada isteri. Dari Perak, aku selamat sampai di Muadzam Shah bila malam mula menjengah. Jumaat itu, hujan turun di beberapa tempat tapi pakaian yang dipakai semuanya kering sebaik sahaja sampai. “Haaa… kenapa tiba-tiba nak pergi zoo?” Isteri aku kehairanan. “Hatim nak pergi. Hari itu masa dia video call dengan abang, dia ada ...