Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2022

TANGMO NIDA? BANJIR KILAT DI LEMBAH KLANG PADA 7 MAC 2022

Foto : BERNAMA Apa yang hangat pada minggu ini adalah berkenaan dengan kematian Tangmo Nida, seorang artis dari Thailand. Dikatakan kematiannya itu satu konspirasi dan agenda tangan-tangan yang mahukan hartanya sehingga sanggup membunuhnya. Entah kenapa ia begitu hangat diperkatakan di media sosial sehingga rakyat Malaysia sendiri turut mengambil bahagian. Ya... memang rakyat Malaysia sememangya rakyat bawang, itu tidak pelik. Jika isu berkenaan artis dan artis tersebut pula lawa, memang menjadi subjek kegilaan bawang-bawang sekalian untuk turut serta menyumbang pandangan dan analisa sehingga kadang-kadang polis terduduk kerana kerja mereka sudah diambil oleh para bawang Malaysia. Tapi, ada isu yang lebih berat dan menyentuh hati yang menimpa rakyat Malaysia pada minggu ini berbanding isu kematian Tangmo Nida. Yang mati tu biarkan mati dan biar polis Thailand buat kerja mereka. Untuk semalam bertarikh 7 Mac, rakyat Malaysia yang berada di sekitar Lembah Klang ditimpa musibah banjir kil