Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2022

CAMPING DI KG. DUSUN, KUALA MU, SUNGAI SIPUT, PERAK

Hajat dan rancangan untuk datang ke Kuala Mu memang sudah lama, tapi masih belum sampai juga. Akhirnya, minggu ini tercapai hajat untuk berkhemah di Kuala Mu, Perak. Ya, la. Kuala Mu sejak beberapa tahun yang lepas tular tentang keindahan tempatnya. Ada sungai yang airnya jernih mengalir dari puncak bukit. Kiri kanan ada chalet yang diperbuat daripada buluh dan berbumbungkan atap nipah. Pagi-pagi ada kabus yang memutih memenuhi perkampungan tersebut. Tengok gambar pun dah tahu tempat itu adalah tempat impian untuk semua pencinta aktiviti outdoor. Buka je pintu chalet atau pondok, terus nampak air sungai yang mengalir. Bunyi derunya sungguh mengasyikkan sambil sinar matahari mengintai di celah bayang-bayang daun pokok. Bayangkan tidur malam dengan suhu yang sejuk mencecah 17c bertemankan dengan bunyi deru sungai yang mengalir di celah-celah batu. Iramanya sungguh mengasyikkan! Hari Jumaat lepas, usai saja solat Jumaat, terus kami bertolak ke Kuala Mu. Hanya aku dan Mat Yi. Berdua sahaja