Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2023

JALAN-JALAN SG. BESAR PART 1

“Mil, meh la pergi Sg. Besar. Ikut aku.” Ajak Irfan. Pemandu bas selaku pemilik beberapa lagi bas yang lain. Tertera di bas miliknya, Irfan Said. “Buat apa Pan pergi Sg. Besar?” “Ada trip melawat kilang makanan dekat sana.” Ringkas jawapan Irfan. “Berapa hari Pan?” Tanya aku. “Balik hari. Pagi Sabtu dalam pukul 4, pukul 5 kita gerak. Nanti malam pukul 10 11 sampai la balik sini.” Terang Irfan. “Trip mak dara ke anak dara yang ramai ni, Pan?” “Hang kena tengok sendiri la. Aku tak mahu cakap. Hang nak anak dara ke mak dara? Silap-silap nek dara pun ada.” “Okay, jom. Kira jadi!” Jawapan muktamad. “Esok tu. Pukul 4 pagi bas gerak. Hang jangan nak nganjor pula.” Kata Irfan dalam loghat Perak.

ILMU LEMANG PART 1

Lemang siap sedia untuk direbus I lmu buat lemang daripada orang Kg. Kelimat, Sg. Siput U, Perak. “Aku ajar hang dari A sampai Z macam mana nak buat lemang hari ini. Nanti balik Kelantan, hang boleh buat. Tiru je macam mana aku ajar hang.” Abang Khir memberitahu aku. Usianya sudah masuk 5 siri mengikut perkiraan aku. Uban di rambutnya sudah nampak melebat. “Susah ke buat lemang Abang Khir?” Aku bertanya. “Tak ada susah lah. Lepas ni senang saja hang rasa macam mana nak buat. Aku dulu tak pandai juga buat lemang. Lepas kena pergi Sarawak, orang duk suruh aku buat. Menjadi la juga. Itu guna cara bakar. Balik sini, guna cara bakar yang sama tak menjadi!” Terang Abang Khir. 21 tahun dia dalam anggota tentera. Kena berkhidmat di Sarawak jauh nun di sana selama 3 tahun. “Kenapa pula dekat sana cara bakar menjadi, balik sini, guna cara bakar yang sama tak menjadi Abang Khir?” Soal aku. “Itu yang aku pelik tu. Balik sini tak jadi. Aku buat cara rebus je lah. Pasti menjadi dan pasti masak isi d