“Mil, meh la pergi Sg. Besar. Ikut aku.” Ajak Irfan. Pemandu bas selaku pemilik beberapa lagi bas yang lain. Tertera di bas miliknya, Irfan Said.
“Buat apa Pan pergi Sg. Besar?”
“Ada trip melawat kilang makanan dekat sana.” Ringkas jawapan Irfan.
“Balik hari. Pagi Sabtu dalam pukul 4, pukul 5 kita gerak. Nanti malam pukul 10 11 sampai la balik sini.” Terang Irfan.
“Trip mak dara ke anak dara yang ramai ni, Pan?”
“Hang kena tengok sendiri la. Aku tak mahu cakap. Hang nak anak dara ke mak dara? Silap-silap nek dara pun ada.”
“Okay, jom. Kira jadi!” Jawapan muktamad.
“Esok tu. Pukul 4 pagi bas gerak. Hang jangan nak nganjor pula.” Kata Irfan dalam loghat Perak.
Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.