Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Diari PKP

LENGKAP 2 DOS VAKSIN : KELONGGARAN DINE-IN

Lama benar tak jumpa waris terakhir keturunan Raja Bahar sejak PKP 3.0. Hari ni sempat bersua muka, bertentang mata untuk bertanya khabar. Fizikal Su nampak sudah lain. Janggut semakin panjang, misai pula dipotong nipis. “Mil, demo jangan terkejut. Dah ramai yang bagitahu kawe yang kawe ni sudah slim. Kurta baru pun saiz M ni.” Su awal lagi beria memberitahu aku sejurus dia keluar dari pintu rumahnya. Su bergaya dengan kurta hijau dengan saiz slim fit. Siap bergosok. Licin tidak berkedut. Jarang sekali berpakaian macam tu. Kopiah lembik memang setia melekat di kepalanya. “Macam biasa je Su. Cuma janggut semakin panjang.” Sengaja aku menafikan pengakuan Su. “Aaa… demo. Awal lintang angin kawe. Kawe baru beli basikal. Join group basikal sekarang ni. Sebab tu jadi slim.” Su riang dan ceria seperti biasa. Jarang sekali boleh tengok Su dalam emosi yang berkecamuk. Panggil botak pun dia boleh senyum bersahaja. “Jom Mil. Kita pergi dine-in. Demo 2 dos dah kan?” “Ya. Kawe sudah 2 dos.” Jawab a

DIARI PKP : BREEDER CAP ROLEX DAN DR. RISWAN - PART 1

Pukul 9 pagi, Rahim sampai di depan pintu rumah. Kali ini dengan van berwarna putih. Van keluaran Nissan, model Vanette. “Ni model Vanette jerung. Nampak garang kan?” Rahim bertanyakan kepada aku bila nampak aku tenung vannya. “Nama memang garang Hing. Tapi, bila tengok kondisi van ni, tak nampak macam jerung. Macam sardin. Sedih.” Aku jujur menjawab persoalan Rahim yang meminta pandangan. Dari luar memang nampak usang. Catnya yang berwarna putih sudah usang. Cermin tidak bertinted, nampak klasik. Bahagian dalam memang tidak cantik. Kenderaan yang sesuai untuk dibuat kerja. Kulit pintu sudah tercabut. Radio yang tidak berfungsi. Seat juga nampak usang biarpun dalam keadaan baik. Tapi, enjin memang terbaik . Tidak ada masalah meragam di tengah jalan. Boleh buat perjalanan jarak jauh tanpa henti. “Aiii.. jujur sangat tu Mil. Tak main angin langsung.” “Kalau dengan demo, kena jujur Hing. Nanti demo marah. Proton Evo merah kat mana?” Aku menanyakan Rahim. “Nak pergi jauh hari ni, malas na

DIARI PKP : PART 6 - BERAPA HARGA SERVIS AIRCOND?

Aku bertanya kepada Rahim, berapa harga yang dia kenakan untuk servis dan pemasangan penyaman udara. Aku juga ada tanya berapa caj yang dikenakan untuk kerja-kerja wiring. Bila dengar jawapan Rahim, aku termenung. Mataku merenung siling. Hati aku bertanya sendiri, ‘Tak mahal ke harga tu?’ Lama tunggu. Senyap. Tak ada jawapan dari hati. “Hing, tak terik ke harga demo kenakan untuk buat kerja servis aircond?” Aku menanyakan kepada Rahim. ‘Terik’ adalah istilah yang selalu digunakan dalam loghat Kelantan untuk menggambarkan sesuatu benda itu mencapai hadnya yang tertinggi. Terik. Tegang. Kalau berkenaan harga; ‘teriknya harga’ membawa maksud, ‘mahalnya harga’. “Kalau demo? Demo rasa terik ke harga tu?” Rahim menanyakan aku kembali. “Tak tahu juga Hing. Macam terik. Tapi kawe tak biasa dalam bidang ni. Apa benchmark demo dalam menetapkan harga dalam bidang ni, kawe tak tahu.” “Benchmark ya? Hmmm…” Rahim berfikir sendiri. “Kawe sebenarnya ikut harga orang lama. Orang lama adalah orang-orang

DIARI PKP : PART 4

“Erm… benda ni tak bersabit dengan wali. Ni namanya pengalaman. Kalau demo acap kali servis aircond, jadi mudah la nak buat.” “Jadi, demo bukan wali la?” “Demo ni banyak tanya la!” Nada Rahim sedikit tinggi. Dia marah ke? Kalau mudah marah, mudah melenting, bukan perangai wali. Setahu aku, wali ni tak ada had dan batas kesabarannya. Aku senyap. Biasanya amat jarang bila usia dewasa sebegini tapi masih kena marah. Body indoor aircond dicabut oleh Rahim. Nampak senang betul Rahim cabut. Mungkin salah satu dari karamah orang yang bergelar wali. Aku perhati Rahim. Dia angkat sedikit body aircond kemudian tarik keluar sehingga paip gas dan paip saliran air di sebelah luar turut ditarik bersama dengan body aircond. “Body aircond ni dia sangkut atas tapak yang sudah di’drill’ di dinding. Nak cabut, kena angkat, kemudian tarik keluar.” Rahim menjelaskan. Nada suaranya mendatar sahaja. “Ooo… begitu. Holder kan nama tapak dia tu? Baik… baik.” Reaksi sopan aku berikan pada penjelasan Rahim. “Ambi

DIARI PKP 2021 : PART 5

“Guana demo tengok saja? Tolong la kawe ni. Tolong pegang indoor ni, kawe nak buat masuk cooling coil.” Rahim meminta pertolongan. Selesai masuk cooling coil. Kemudian aku ambil alih untuk pasang semula indoor. Semuanya berjaya dipasang dengan baik. Rasa puas hati. Puas hati dengan diri sendiri. “Hing, cuba tengok, betul ke kawe pasang ni?” “Tak ada skru lebih, kira betul dah tu,” acuh tak acuh Rahim menjawab. Mungkin panas terik matahari mengubah mood Rahim. “Skru lebih tak ada Hing. Ngam-ngam cukup.” “Kalau gitu, demo pasang balik la sebelah dalam tu. Kawe tunggu sebelah luar. Buat sama macam tadi.” Aku masuk ke dalam rumah. Ikut step tadi. Masukkan paip air dan paip aircond ke dalam lubang dan pastikan sangkut indoor atas tapak holder dengan baik. “Sangkut body indoor atas tapak dia kalau rasa lenguh. Selamat dari jatuh terhempas,” pesan Rahim dari luar. Di sebelah luar, rahim menyambung paip aircond dengan outdoor. Kemudian dilepaskan gas aircond dari outdoor supaya gas akan mengal

DIARI PKP 2021 : PART 3

Tangga tolak laras Sebuah banglo berwarna hijau terpacak di hujung jalan. Rahim terus memarkir kereta dia di hadapan rumah. Pagar sudah terbuka luas. Mungkin tuan rumah sudah menjangka kehadiran Rahim. “Mil, hari ni job servis aircond.” Rahim memberitahu aku. “Servis aircond? Haritu kata kerja wiring.” “Aircond jarang-jarang. Wiring kadang-kadang.” Rahim selamba menjawab. “Aii… ajar hing. Kawe tak pandai bab aircond. Basic pun kosong.” “Beres. Jangan kalut. Kawe ajar la.” Seorang lelaki muda keluar dari rumah. Mungkin anak tuan rumah. “Kita mari nak buat kerja ni. Bilik mana yang nak servis aircond tu?” Rahim terus menanyakan lelaki muda tersebut. “Masuk la bang. Bilik saya yang nak servis aircond tu.” Lelaki muda tadi menjawab. Terus di bawa kami ke ruang biliknya. Rahim merenung Aircond berjenama Topaire yang tegak di dinding. Kata nama ‘aircond’ adalah perkataan Bahasa Inggeris. Jika mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ianya adalah penyaman udara. Kalau sebelum ini, istilah lama