Skip to main content

LENGKAP 2 DOS VAKSIN : KELONGGARAN DINE-IN


Lama benar tak jumpa waris terakhir keturunan Raja Bahar sejak PKP 3.0. Hari ni sempat bersua muka, bertentang mata untuk bertanya khabar. Fizikal Su nampak sudah lain. Janggut semakin panjang, misai pula dipotong nipis.
“Mil, demo jangan terkejut. Dah ramai yang bagitahu kawe yang kawe ni sudah slim. Kurta baru pun saiz M ni.” Su awal lagi beria memberitahu aku sejurus dia keluar dari pintu rumahnya.
Su bergaya dengan kurta hijau dengan saiz slim fit. Siap bergosok. Licin tidak berkedut. Jarang sekali berpakaian macam tu. Kopiah lembik memang setia melekat di kepalanya.
“Macam biasa je Su. Cuma janggut semakin panjang.” Sengaja aku menafikan pengakuan Su.
“Aaa… demo. Awal lintang angin kawe. Kawe baru beli basikal. Join group basikal sekarang ni. Sebab tu jadi slim.”
Su riang dan ceria seperti biasa. Jarang sekali boleh tengok Su dalam emosi yang berkecamuk. Panggil botak pun dia boleh senyum bersahaja.
“Jom Mil. Kita pergi dine-in. Demo 2 dos dah kan?”
“Ya. Kawe sudah 2 dos.” Jawab aku.
RM0 Kelonggaran diberikan adalah untuk menjana kembali ekonomi negara. Patuhi SOP & dapatkan vaksinasi lengkap anda. #MenangBersama
Di kedai makan, Su mengeluarkan nasi kandar dengan lauk kari kepala ikan yang dibungkusnya. Wow!! Menu yang menyelerakan. Terus dia meminta 2 biji mangkuk dengan tuan kedai. Satu untuk kuah kari kepala ikan, satu mangkuk lagi untuk lauk sotong. 2 ekor sotong besar lengkap dengan kepala sedang berendam di dalam kuah.
“Tak apa ke Su makan makanan bungkus dari luar dekat kedai ni?”
“Tak apa. Kedai ni kedai kawasan kawe. Kita order air je dekat kedai ni. Demo nak minum air apa?”
“Nescafe ais.”
“Bang, nescafe ais dua.” Su memesan minuman.
Bila dengan Su, memang banyak cerita. Dia seorang penglipur lara. Disebabkan lama tidak jumpa, cerita Su kali ini tidak ada cerita yang berulang. Semuanya topik baru dan topik yang segar. Rancak betul perbualan.
Masa berlalu tanpa sedar. Jam menunjukkan pukul 2 petang. Rupanya dekat 3 jam dine-in.
RM0 Beberapa kemudahan sektor sosial & ekonomi dibenarkan bagi individu yang sudah divaksinasi lengkap. Namun, patuhilah SOP bagi elak jangkitan Covid-19.
Telefon Su berbunyi. Ada mesej suara whatsapp.
“Abe, tak balik lagi ke?”

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.