Tak Boleh Lewat
Pagi Sabtu, Kelas keempat daripada lima kelas semuanya. Aku menanti kedatangan lecturer di luar kelas. Kelihatan ramai budak Saudi berkeliaran di luar kelas. Rata-ratanya berjubah putih. Kain serban merah di letak atas kepala. Seakan tudung jika seimbas lalu. Mungkin di Malaysia dikenali dengan kain serban. Di sini pula dikenali dengan syimagh . Itu adalah pakaian mereka. Dari yang muda hinggalah yang tua. Berjubah putih berkelubung kain serban merah atau pun putih. Lima minit berlalu. Masih tidak kelihatan kelibat lecturer yang mengajar subjek Feqh 7. Subjek Feqh 7 lebih menumpukan kepada hukum hakam jual beli. Pertama kalinya lecturer ni masuk, dia mengajar tentang jual beli tempahan. Bai’ As Salam bahasa Arabnya. Apakah definisinya, apakah hukumnya di sisi Islam, apakah dalilnya dan juga apakah permasalahan yang akan dibincangkan. Sehingga minggu lepas sahaja sudah sampai kepada perbahasan tentang hukum jual beli haiwan secara tempahan. Apakah ianya dibolehkan atau seba...