PROGRAM BERSAMA UZAR



Minggu lepas aku sempat menghadiri satu sesi bersama ustaz tanah air kita yang terkenal iaitu Ustaz Zaharudin Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan UZAR. Seorang ustaz yang aku hormat dengan kedudukan ilmunya dan amat terkenal dengan kepakarannya dalam bidang Islamic Banking. Mungkin bukan dia seorang je dekat Malaysia yang pakar dekat Malaysia dalam bidang tu, tapi dia adalah antara pakar yang menempah nama di media tempatan.

Dia datang mengerjakan ibadat umrah dan peluang itu telah digunakan oleh pelajar di sini untuk memanfaatkan masa bersama beliau. Aku tak nak membazir ruang dengan menceritakan pelbagai benda celoteh yang membazir untuk dibaca. Kan..? Hanya cukup untuk menceritakan apa yang dikongsi oleh UZAR bersama – sama dengan aku. Haha.. poyo. (Ni kira note untuk diri aku sendiri la ni sebab malam tu aku tak catat pun apa yang dia bagitau.)

UZAR hanya memfokuskan kepada mentaliti pendakwah dalam skop kesederhanaan. Iaitu satu skop yang perlu diguna pakai oleh pendakwah dan diaplikasikan bagi memastikan dakwah dia tu berada di tengah – tengah, tidak berlebihan dan tidak pula berkurangan. Tidak terlampau keras tidak terlalu berlembut. Ibarat garam dalam masakan la, kalau lebih.. masin, tak sedap pula.. kalau kurang.. tawar, lagi la tak sedap. Jadi, hanya nak secukup rasa je.

BETULKAN AKHLAK

Perkara ini adalah perkara no. 1 yang diberitahu oleh UZAR. Betulkan akhlak kita. Tunjukkan akhlak kita yang baik kepada masyarakat. Bagaimana mungkin dakwah kita ingin diterima jika kelakuan kita tidak serupa dengan percakapan kita. Lebih tepat adalah cakap tak serupa bikin. Bila cakap lain, bila buat lain. Tak kira lah kita nak mendakwah kepada Islam atau pun nak mendakwah kepada produk barangan kita jika kita ni adalah ahli MLM.

Contoh terbaik kita tengok lah bagaimana ‘role model’ kita mendakwah iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Tidak kah semua yang disampaikan itu terlebih dahulu dia sudah mempraktikkannya? Akhlaknya adalah akhlah Al Quran dan dia juga menyampai Al Quran kepada Arab Quraisy yang mana yang disampaikan itu adalah firman – firman Allah sendiri. Satu contoh terbaik sepanjang zaman yang berjaya dalam dakwahnya dan kesannya boleh dilihat pada hari ini. Bersambung next point.

Comments

  1. semoga aku kawen dengan ustaz satu hari nanti. amin. haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

hukum main mercun