Arsenal Kecundang
Takziah buat fans Arsenal kerana team anda nampaknya terlepas satu lagi piala untuk musim ini. Piala FA. Arsenal nampaknya kecundang di peringkat kelima apabila tewas kepada Blackburn pada match malam tadi. Sedih bukan..? Kalah pula dengan jaringan satu goal dan perlawanan pula di halaman sendiri.
Memang fans team lain sedap je dok sindir fans Arsenal esok. Kepada fans Arsenal, sila tabahkan hati dan cekalkan semangat. Perkara tu dah biasa dah kan..? Lali dah dengan semua tu.. Aku rasa fan team lain pun dah boring dah nak bahan fan Arsenal. Haha. Aku sekarang ni buat senyap je kalau team lain lain kalah, jadi..diorang ingat aku tak active sangat.
Padahal..aku sekarang berada di zon bahaya sebab prestasi Arsenal selalu tak menentu. Jadi.. kalau aku asyik dok bahan team lain.. lepas tu Arsenal kalah teruk pula, memang kaw - kaw la kena bahan. Haha. Sekarang ni nampaknya kena senyap - senyap la dulu. Bermain di balik tabir. Kita tunggu masa yang sesuai..baru kita menyambar mangsa. :D
**stay alert fan Man Utd, Chelsea and Man City. haha
berapa hari berkabung ni bro? huhu
ReplyDeleteceh. pandai nak senyap tu. nanti panggil ramai-ramai sembur kang.
ReplyDelete