PIALA ASIA MADINAH
Tahniah kepada pasukan Malaysia daripada Universiti Islam Madinah kerana mengambil bahagian dalam pertandingan bola sepak merebut Piala Asia. Team malaysia zaman berzaman terkena dengan nama Aura. Sebagai psikologi untuk mengeluarkan aura - aura yang power ketika menentang pihak lawan. Tu teori aku je kot pasal aura tu. 6 negara mengambil bahagian, Saudi, Malaysia, Singapore, Vietnam, Thailand and Cambodia.
Aku rasa tahun ni pelik sikit sebab biasanya hanya negara - negara Asia sendiri yang akan menganjurkan perlawanan, tapi, tahun ni adalah negara Arab Saudi yang sukarela ingin menganjur dan menguruskannya. Mungkin team Saudi nak test power budak - budak asia kot. Diorang nampak budak asia ni kecil and halus, mungkin boleh buat lauk. Cuba la try.. dapat cobek tak lauk tu. Haha.
Malam ni, takziah kepada Malaysia kerana kalah kepada match pertama kepada Vietnam. Nampak macam lauk juga la bila kalah 1-5. Aku tak nak cakap banyak sebab aku tak main. Nanti tak pasal - pasal aku kena cemuh. " Blah laaa.. jual mahal.. orang ajak tak nak main..". Ayat famous. Dah boleh bajet dah. Haha.. So, lebih baik aku diam dan tunggu untuk match seterusnya.
Orang kata aku jual mahal sebab aku tak nak main dengan team Aura. Lagipun aku bagi kat batch - batch bawah aku peluang untuk main pula. Aku tahu, aku bukan bagus sangat main. Tak nak la diambil main sebab senioriti. Aku setakat nak cukupkan orang jadi sebuah team je boleh la.. :D
eceh. rendah diri lah konon tu? haha
ReplyDelete