Tak Boleh Lewat
Pagi Sabtu, Kelas keempat
daripada lima kelas semuanya. Aku menanti kedatangan lecturer di luar kelas.
Kelihatan ramai budak Saudi berkeliaran di luar kelas. Rata-ratanya berjubah
putih. Kain serban merah di letak atas kepala. Seakan tudung jika seimbas lalu.
Mungkin di Malaysia dikenali dengan kain serban. Di sini pula dikenali dengan
syimagh. Itu adalah pakaian mereka. Dari yang muda hinggalah yang tua.
Berjubah putih berkelubung kain serban merah atau pun putih.
Lima minit berlalu. Masih tidak
kelihatan kelibat lecturer yang mengajar subjek Feqh 7. Subjek Feqh 7 lebih
menumpukan kepada hukum hakam jual beli. Pertama kalinya lecturer ni masuk, dia
mengajar tentang jual beli tempahan. Bai’ As Salam bahasa Arabnya.
Apakah definisinya, apakah hukumnya di sisi Islam, apakah dalilnya dan juga
apakah permasalahan yang akan dibincangkan. Sehingga minggu lepas sahaja sudah
sampai kepada perbahasan tentang hukum jual beli haiwan secara tempahan. Apakah
ianya dibolehkan atau sebaliknya dengan menumpukan apa pandangan empat mazhab
berserta dalilnya.
Aku bersandar di dinding.
Mengeluarkan smartphone Samsung Galaxy Ace. Nampak uzur. Yee.. memang uzur,
smartphone aku yang pertama. 4 bulan aku sampai di Madinah, aku terus
membelinya. Antara pencetus pertama yang menggunakan ‘operation system’android.
Sekarang ternyata Samsung Galaxy Ace aku ketinggalan jauh dengan keluarnya Ace
Duos, New Ace, Ace Plus. Entah berapa banyak Ace ada. Tapi aku tahu yang Ace
aku adalah yang induk punya. Founder yang pertama. Bangga bukan? Haha.
Aku menekan butang ‘home’. Screen
menyala. Terpampang jam dengan angka digital. Pukul 10.30 pagi. Ternyata ada ‘whatsapp’
notification di bahagian atasnya. Aku tersenyum. Aku sudah dapat meneka siapa
empunya yang menghantar text melalui whatsapp itu. Aku menyentuh skrin yang
dibaluti ‘screenprotector’ dari atas skrin dan menariknya turun ke bawah. ‘Scroll’
bahasa orang putih. Melihat secara penuh notification tadi.
Mudah, semuanya hanya terletak di
ibu jari. Tidak menggunakan banyak tenaga. Ternyata kecanggihan teknologi
memberi kesenangan kepada manusia. Ternyata juga yang tekaan aku juga adalah
betul tentang empunya diri yang menghantar whatsapp tadi. Aku tersenyum bangga.
Memang tekaan aku selalu tepat dalam hal ni. Mana tidaknya, asyik dia je. Haha.
Ibu jari kanan dan kiri pantas
memainkan peranan. Menyentuh skrin rata Samsung Galaxy Ace yang usang. Sesekali
menekan butang ‘send’. Tersenyum. Sabar menanti orang sebelah sana menjawab
balik. Walaupun jauh, terasa dekatnya. Whatsapp, satu lagi teknologi yang
berkembang dan mendapat tempat dalam kalangan pengguna smartphone. Aplikasi
yang mirip SMS. Berfungsi menghantar mesej tetapi ia nya lebih cepat dan pantas
dengan menggunakan capaian internet untuk berfungsi.
Vbrrrr… Samsung Galaxy Ace aku bergetar.
Mode vibrate diaktifkan semasa kelas. Bergetar menandakan ada notification
baru. Orang yang sama menghantar whatsapp, cuma waktu je yang berlainan. 10
minit berlalu. Pelajar Saudi di luar kelas sudah berkurangan. Masing – masing
sudah memasuki kelas masing – masing. Hanya beberapa orang sahaja yang tingal
di luar kelas. Jelas, mereka adalah daripada kelas yang sama dengan aku.
Lecturer tak sampai lagi. Apakah penanda yang dia tidak akan datang?
Baru sahaja aku nak mengatakan
yang lecturer akan miss kelas pada hari ini. Ingin berseronok. Aku menoleh ke
kiri. Nampak jauh dari arah selekoh sana lecturer membelok ke arah aku. Tepat
ke arah aku dan aku dan dia bertentang mata. Aku terus bergegas memasuki kelas.
Mengikuti perbuatan pelajar – pelajar Saudi yang lain. Mereka semua ini tahu.
Aku juga tahu. Lecturer ini tidak akan membenarkan mana – mana pelajar yang
datang lewat, mahupun yang masuk kelas selepas dia memasukinya daripada duduk dalam kelas tersebut. Pengajaran daripada pengajian
– pengajian minggu lepas. Pelajar akan di halau serta merta.
“ Insya Allah, bukroh ta’ti.”
Ayat yang selalu diguna pakai oleh lecturer untuk pelajar – pelajar yang lewat.
Mana – mana pelajar yang membuka pintu kelas ketika mana lecturer ni selesa bersandar
di kerusinya akan terus mendapat ayat ini secara spontan. “ Insya Allah, kamu
datang esok”. Pedih menusuk hati.
Lecturer masuk. Meletak buku dia
di atas meja. Duduk bersandar di atas kerusi seperti kebiasaan. “Mana – mana
kamu yang baru masuk tadi, keluar… Kamu semua di kira lewat.” Belum apa – apa
lagi lecturer ni mengarah orang yang masuk kelas lewat tadi keluar. Aku antara
yang baru masuk tadi, adakah aku termasuk sekali? Aku diam membisu di belakang.
Mencari tubuh – tubuh sasa Saudi untuk menjadi benteng antara aku dengan
lecturer.
“ Kamu, kamu, kamu.. masuk kelas
bila nampak aku tadi kan? “ dia menuding jari ke arah beberapa orang pelajar.
Semua pelajar ni diam. Bangun dan terus keluar daripada kelas. Raut muka yang
nampak tidak puas hati dengan lecturer. Muka bengang. Haha. Aku yang kat
belakang ni nampaknya terselamat daripada mangsa tudingan jari lecturer tadi.
Lecturer memulakan kelas. Topik
diajar hari ini adalah perbahasan tentang hukum jual beli daging secara
tempahan. Mazhab empat berselisih pandangan dalam hal ini. Kebanyakan ulama
mengatakan yang ia nya adalah harus dan tidak menjadi masalah dalam hal ini
manakala mazhab Hanafi mengatakan yang ia nya tidak boleh jual beli daging
secara tempahan. Lecturer memperincikan dalil – dalil daripada setiap pendapat
mazhab tadi. Aku mencatat secara ringkas apa yang diperkatakan.
20 minit kelas berlalu. Tiba –
tiba lecturer tadi memandang aku. Serius dan bersahaja mukanya. “ Ya syeikh, apa
nama kamu?” lecturer menyoal sambil menuding ke arah aku.
“Aku? Muhammad Hafizin.” Aku
menjawab spontan.
“Dari negara mana?” Lecturer tadi
menyoal balik. Aku cuak. Kenapa lecturer ni tiba – tiba je tanya aku ni. Sudah
terbongkar kah rahsia aku?
“ Dari Malaysia ya Syeikh.” Aku
menjawab. Terpaksa.
“Kamu tadi masuk kelas lepas
nampak aku datang kan?” Syeikh seakan menyoal untuk memastikan jawapan yang dia
sudah ada. Sudah kedengaran pelajar – pelajar lain gelak. Jahat!
“Na’am ya syeikh.” Aku mengiyakan.
Nampaknya aku sudah dapat dikesan oleh lecturer tadi. Aku terus menutup buku.
Memasukkan pen ke dalam poket. Berhajat ingin keluar daripada kelas. Aku
bangun. Berpaling untuk keluar daripada kelas.
“ Ya syeikh, duduk, duduk…”
lecturer tadi menyuruh aku duduk. Dia tersenyum.
“ Ijlis ya Syeikh?” Aku menyoal
balik untuk kepastian.
“Na’am.” Lecturer tadi
membenarkan aku mengikuti kelas nya sehingga habis. Aku lega.
Kesimpulannya, dengan lecturer
ni.. aku kena tunggu dia dalam kelas sehingga dia datang. Tak boleh keluar, tak
boleh datang lewat. Kalau tidak, akan dihalau dan akan dikira tidak hadir ke
kelas. Memang macam – macam protokol dekat sini. Lain lecturer lain caranya.
Tidak begitu? Takkan semuanya nak sama je.
Betul tu..jangan sesekali lewat ke kuliah.
ReplyDeletefuhhH !
ReplyDeletekhusyuk baca cerpen mr hafizin..
dapat satu pengajaran dah lepas baca entri ni..
syukran ya sheikh! :)
lecturer lambat xpe ya. student lambat keluar.. haiss xadil je bunyinya.
ReplyDelete