Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2020

RESTORA EL WAFA KITCHEN DI KELANTAN : NASI ARAB MANDY DENGAN LAUK KEPALA KAMBING

RM 35 Bagi sesiapa penggemar kepala kambing, boleh cuba makan nasi arab dengan lauk kepala kambing. Runsing dengan kepala kambing? Runsing nak makan daging selepas heboh dan kantoi kartel daging yang mencampur aduk antara daging halal dengan daging haram? Kali ini usah risau. Restoran El Wafa Kitchen menyediakan kambing tempatan. Apa itu kambing tempatan? Kambing tempatan adalah kambing yang dipeliharanya sendiri di tanah Malaysia. Bukan kanggaroo yang ditembak di Australia kemudian ditampal dengan sticker kambing halal. Penggunaan kambing tempatan adalah dakwaan taukey kedai dia la. Marketing dia dengan memfokuskan kepada penggunaan daging kambing tempatan. Nanti jangan guna nama aku yang beriya mengatakan mereka menggunakan kambing tempatan. Dan aku yakin serta tidak was-was dengan restoran ini. Yakin yang sememangnya mereka menggunakan daging kambing tempatan. Bukan daging import. Jadi apa istimewanya bila menggunakan kambing tempatan? Bila menggunakan kambing tempatan, mereka akan

MEMINTA DOA, MEMINTA TOLONG DENGAN ORANG YANG SUDAH MATI

“Mil, tak ada soalan nak tanya aku? Aku kepuasan ni. Biasanya mu banyak soalan,” Raja Saiful yang merupakan salah seorang dari pewaris Raja Sakti di Kelantan bertanya kepada aku. “Hari ni aku tak ada soalan Su. Tapi, ada satu soalan yang kawan aku tanya. Jadi, aku nak minta mu jawab.” Tiba-tiba terlintas ada satu soalan yang dilontarkan bertalu-talu minggu lepas dalam group whatsapp. “Okay. Acu cuba lontar mari soalan kawan mu tu. Aku nak dengar dan aku nak tahu susah atau senang soalan tu.” Macam biasa. Keyakinan kena tinggi. “Begini soalannya. ‘Sekarang ni, orang hidup yang mendoakan orang mati atau orang mati yang mendoakan orang hidup?’ Tu soalan kawan aku. Aku minta mu jawab kalau betul bahawa mu adalah pewaris Raja Sakti.” Soalan berharga 10K sudah dilontar. “Agak susah soalan mu tu. Betul ke mu ada kawan yang tanya soalan macam tu?” *** Soalan yang panas dalam seminggu dua ini dalam Facebook dek kerana tersebarnya satu video seorang ustaz yang mendakwa boleh untuk meminta tawass

SOP HOSPITAL DI DEWAN BERSALIN SEMASA COVID-19

COVID-19 masih belum reda dan SOP masih lagi ketat diamalkan. Lebih-lebih lagi di kawasan dan bangunan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti klinik, hospital itu sendiri. SOP yang ketat ini terpakai juga ketika di Dewan Bersalin Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) 2 di Kota Bharu. SOP untuk ibu yang nak bersalin dan terpakai untuk suami ataupun saudara mara ibu yang hendak bersalin. 1) Hanya ibu atau pesakit sahaja yang dibenarkan untuk masuk ke dewan bersalin. Selain ibu atau pesakit, kena berada di luar pintu. 2) Di luar pintu, disediakan 2 orang HA untuk membuat saringan COVID-19. Ada borang dan ada mesin pemeriksaan suhu. Dalam borang tersebut ada soalan-soalan yang akan ditanya oleh HA dan perlu dijawab. Jika sihat wal afiat, borang tersebut akan diserahkan kepada pengunjung / pesakit dan pastikan simpan baik-baik. 3) Pelawat tidak dibenarkan sama sekali melawat, menjenguk, meneman ibu yang sudah selamat bersalin. Bermakna, ibu yang dipindahkan dari labour room hingga mas

MICROPHONE TAK BUNYI UNTUK GOOGLE MEET? BOLEH CUBA CARA INI

Musim PKPB, cikgu-cikgu sibuk nak buat kelas online. Walaupun tak semua pelajar yang join kelas online, bagi pihak guru, pengajaran tetap kena teruskan. Itu tanggungjawab. Aku cuba juga berjinak dengan kelas online. Salah satunya adalah menggunakan google meet. Banyak kali aku cuba guna google meet dekat PC, tapi bila guna, ada masalah mic tak berbunyi. Aku beli headset sekali dengan mic. Baru lagi. Mustahil rosak macam tu. Mic bukan kaleng-kaleng. Jenama HyperX. Nak beli mic baru, macam tak cukup sen lagi. Aku cuba minta bantuan google. Taip 'mic problem with google meet' . Memang keluar banyak hasil carian. Aku baca cepat-cepat. Ramai yang complain dan aku rasa ini adalah memang silap dan kekurangan dari google meet. Aku buat kesimpulan yang google meet dekat PC ni memang ada masalah dengan mic! Selang seminggu dua, aku godek dan godek google. Ada la satu jalan penyelesaian dan aku cuba dekat google meet. Terus menjadi. Ini selepas beberapa kali berputus asa dan dan sudah ada