“Mil, tak ada soalan nak tanya aku? Aku kepuasan ni. Biasanya mu banyak soalan,” Raja Saiful yang merupakan salah seorang dari pewaris Raja Sakti di Kelantan bertanya kepada aku.
“Hari ni aku tak ada soalan Su. Tapi, ada satu soalan yang kawan aku tanya. Jadi, aku nak minta mu jawab.” Tiba-tiba terlintas ada satu soalan yang dilontarkan bertalu-talu minggu lepas dalam group whatsapp.
“Okay. Acu cuba lontar mari soalan kawan mu tu. Aku nak dengar dan aku nak tahu susah atau senang soalan tu.” Macam biasa. Keyakinan kena tinggi.
“Begini soalannya. ‘Sekarang ni, orang hidup yang mendoakan orang mati atau orang mati yang mendoakan orang hidup?’ Tu soalan kawan aku. Aku minta mu jawab kalau betul bahawa mu adalah pewaris Raja Sakti.” Soalan berharga 10K sudah dilontar.
“Agak susah soalan mu tu. Betul ke mu ada kawan yang tanya soalan macam tu?”
***
Soalan yang panas dalam seminggu dua ini dalam Facebook dek kerana tersebarnya satu video seorang ustaz yang mendakwa boleh untuk meminta tawassul (doa) kepada orang mati.
Dakwanya orang mati iaitu wali-wali Allah ini walaupun mati di dunia tetapi masih hidup sebenarnya. Bahkan mereka ini sudah tidak ada tanggungjawab semasa mereka berada di atas dunia seperti makan, minum, tidur dan ini menjadikan mereka mempunyai banyak masa yang terluang untuk membantu manusia-manusia yang masih hidup di atas muka bumi.
Jika dakwaan ini betul, ini bermakna sudah lama seruan dan ajaran ini sampai kepada kaki-kaki judi yang tikam nombor. Mereka sudah awal daripada kita dengan meminta nombor ekor di kubur-kubur para wali. Ada yang lebih kehadapan dengan siap membawa pulut kuning, ayam panggang sebagai habuan kepada para wali jika dapat memberi nombor ekor yang tepat.
Karut dan semakin marut. Dakwaan yang boleh memecahbelahkan umat Islam. Dakwaan yang boleh mengembalikan umat Islam kepada ajaran jahiliah. Menjadikan umat Islam semakin mundur ke belakang.
Moga Allah melindungi umat Islam.
Moga Allah melindungi kita semua.
Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.