Musim PKPB, cikgu-cikgu sibuk nak buat kelas online. Walaupun tak semua pelajar yang join kelas online, bagi pihak guru, pengajaran tetap kena teruskan. Itu tanggungjawab.
Aku cuba juga berjinak dengan kelas online. Salah satunya adalah menggunakan google meet. Banyak kali aku cuba guna google meet dekat PC, tapi bila guna, ada masalah mic tak berbunyi. Aku beli headset sekali dengan mic. Baru lagi. Mustahil rosak macam tu. Mic bukan kaleng-kaleng. Jenama HyperX. Nak beli mic baru, macam tak cukup sen lagi.
Aku cuba minta bantuan google. Taip 'mic problem with google meet'. Memang keluar banyak hasil carian. Aku baca cepat-cepat. Ramai yang complain dan aku rasa ini adalah memang silap dan kekurangan dari google meet. Aku buat kesimpulan yang google meet dekat PC ni memang ada masalah dengan mic!
Selang seminggu dua, aku godek dan godek google. Ada la satu jalan penyelesaian dan aku cuba dekat google meet. Terus menjadi. Ini selepas beberapa kali berputus asa dan dan sudah ada keinginan untuk jual headset aku.
Kesimpulan baharu yang aku buat; mic tidak ada masalah pada google meet yang menggunakan PC atau desktop!
Bagi yang menggunakan Windows 10, korang boleh cuba cara seperti di bawah untuk seting mic google meet:-
1) Pertama kali, korang kena test dulu sama ada mic korang tu betul-betul menjadi atau tidak. Pastikan wayar dicucuk pada port yang betul di PC. Untuk test sama ada mic korang menjadi, korang klik link di bawah dan korang menyanyi la dekat mic nanti. Kalau ada wave turun naik dekat site tu, bermakna mic korang tak ada masalah.
2) Jika mic berfungsi, pergi ke Start Menu > Settings
3) Pilih Icon Mangga yang tertulis Privacy
4) Tengok tab sebelah kiri. Ada tulis Microphone. Tekan.
5) Ada option 'Microsoft access for this device'. Kena tekan untuk on. Aku punya sebelum ni off. Jadi aku toggle butang tu biar on.
6) Dekat bawah tu ada option 'Allow apps to access your microphone'. Kalau off, tekan biar on. Lepas tu akan ada senarai apps kat bawah tu. Pilih apps yang korang guna untuk google meet. Sama ada guna chrome atau mozilla. Kalau off, sila on kan dia.
Hola... terus menjadi lepas tu. Ini cara yang aku guna. Ada satu cara yang paling banyak orang sarankan adalah dekat setting browser itu sendiri kita tak allowed mic kita untuk berfungsi. Kalau guna Chrome, masuk setting dan search privacy. Cari option mic dan sila on kan. Cara ni aku cuba buat kali, tak menjadi sedangkan sudah allowed. Rupa-rupanya masalah dekat setting PC itu sendiri.
Selamat berjaya dan selamat kelas online buat guru-guru!
Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.